Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday, October 31, 2010

Rindu...

     
     Assalammualaikum dan salam sejahtera....smlm mmg best sgt3 ...wat birthday party tuk ateero tersyg...abis baling2 tepung and main cokelat ...hehehe..mmg sgt3x best.... tyme tu suma org hepi.... (Ros, aku minta maaf sgt3x sbb x perasan tlh melukakan bibirmu...siyes, aku x perasan... T_T.. sori taw).... tyme tu semua org senyum gembira stlh bertempur dan x cukup tido slama seminggu sbb exam....erm...tp bila suma dh balik bilik masing2, tiba aku rse rindu sgt kat dorang....xtaw knp... Lilot, Tuan, Ateero, Wana, Syu, Ros, Mimi, Wanie dan Farhana...lps je korang balik, aku tiba2 rasa rindu sgt kat korang.. rindu sgt main2 ngn korang.... wlupn bilik hny sblh menyebelah je, tp aku xtaw knp aku sgt rindu kat korang ari nie......even lps bgon tido pn, aku rs cam nk nangis je sbb aku rindu sgt kat korang.... Kak as and syiqa, wlupn korang x join birthday party ateero smlm, namun aku mgharap kehadiran korang.....aku rindu sgt3x kat korang.... aku xtaw napa aku berperasaan mcm nie...mgkn sbb nk abis sem 1 kot...aku kalo akhir2 sem nie, mmg ada 1 perasaan yg sedih +terharu + gembiran + sebak......mgkn sbb di akhir sem nie, terkenang suma kngn2 kita spnjg sem nie....susah senang, kita tetap bersama...mencari solusi utk menyelesaikn mslh bersama2..... itulah sahabat2ku..... Aku sayang korang suma.... aku harap agar persahabatan kita akan kekal hingga ke akhirat... Ukhuwwah fillah abadan abada..... Never say goodbye to our friendship......

Pesan tuk sahabat2ku,
* andai diri ini prnh melukakan hati kalian, maafkan diri ini kerana diri ini tidaklah begitu baik....

*aku mgkn bukan shbt yg baik, tp aku akn cuba buat yg terbaik utk shbt2ku.....

*aku mgkn bukanlah shbt yg pndi berkata2, namun aku bersedia utk meminjam telinga ku utk mu serta meminjamkn bahuku utk mu sekiranya kau memerlukan.....

*aku juga bukan shbt yg selalu menggembirakn mu, namun aku akn berusaha utk membuat bibirmu mengukir senyuman walau hanya seketika....

*aku juga insan biasa yg sering melakukan kesilapan, andai diri ini telah melakukan kesilapan, tegurlah aku dan maafkanlah aku.....

 *aku juga mgkn tidak dpt menunjukkan betapa kasihnya aku terhadap kalian, namun ketahuilah kalian telah telah tersimpan disatu tmpt yg khas dan paling istimewa dihatiku.....

*ingatlah aku dalam doamu....

*semoga sahabat2ku sentiasa dirahmati Allah selalu....

........................................(byk lgi pesanan aku nie...tp setakat nie je la dulu ea.....love u all so much...)

"Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya....
Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akanmenyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yanghanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna,Tiada siapa yang sempurna.. Tapi bersahabatlah kerana Allah... "



Hidup Ini Indah Andai Kerana Allah

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh 
Kuala Lumpur

Wednesday, October 27, 2010

Berdosakan Aku Bercinta???....



                Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya.

            Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?

        Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan! Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.

          Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?

              Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi.

Ketika itu indahkah cinta?

           Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?

Friday, October 22, 2010

All The Best... Bittaufiq Wannajah.. InsyaAllah..We Can Face It.... (^_^)


Assalammualaikum dan salam sejahtera wahai sahabat ku yang akan menduduki exam x lama lagi,

sesekali kita perlu gagal, sesekali kita perlu kecewa, untuk kita mengenali erti berjaya, untuk kita mengenali erti bahagia...

sesekali kita perlu menangis, sesekali kita perlu terhiris, untuk kita mensyukuri nikmat y diberi, untuk kita mengenali diri sendiri... ujian y datang menguji kesabaran, keimanan & ketaqwaan...

sebagai hamba ALLAH kita harus bertahan... jalan ke Syurga penuh dengan likuannya, penuh dengan dugaan & rintangannya... hanya y cekal & y tabah pasti menemuinya... 

masihkah kita mahu mempersoalkan setiap mehnahNya... jika dibandingkan dengan selaut rahmatNya... seharusnya kita bersyukur & berlapang dada... keran ujian itulah tanda kasih sayang ALLAH... ^_^

Sahabat...

Andai ditakdirkan kecemerlangan itu dari ALLAH, Andai ditakdirkan kegagalan itu juga dari ALLAH, tp INGATLAH... walau kita cemerlang atau tidak, hakikatnya kedua-dua itu ada hikmahnya... moga kita tidak kecundang dengan ujian y diberikan ALLAH... dan y penting, kita SUDAH BERUSAHA y terBAIK dengan kudrat dan iradat y diberikan ALLAH!!!


Sahabat...

Dikesempatan ini , sy ingin meminta maaf andai ada terkasar bahasa, tersilap perbuatan dan sewaktu dgnnnya...maafkan sy ea...x berniat pn nk lukakan perasaan korang...maafkan diri ini ea.... 

Sahabat...

saat nie mmg terlalu sukar dan berat rasanya utk menghadapi exam krn dgn byk lg x baca dan dgn jadual yg sgt2 pack... wlu bgimanapn, usahalah selagi mampu, berdoalah byk2, tawakkal dan redha...semoga kita diberi kemudahan dlm menjwb exam nnt...InsyaAllah, kita boleh.Doakn kejayaan bersama...igtlah shbt2 ku, benda yg bernilai adlh benda yg sgt susah..benda yg rendah nilainya adlh benda yg senang... All the best and sekali lagi semoga kita berjaya d dunia dan d akhirat.....

Umat Islam Harus Cemerlang... (^_^)

Menuju Wawasan - Suara Firdaus

Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
jangan buang masa,
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata ,
umat islam sentiasa boleh,
umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
umat islam sentiasa boleh..


P/s: teringat zaman2 sekolah dulu...nasyid nie smpi skrg masih igt taw....tgk lirik je, dh boleh nyanyi...hehehe...trus teringat zaman sekolah dulu...rindunya... (^_^)

Hidup Ini Indah Andai Kerana Allah...

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur

Tuesday, October 12, 2010

My Lovely Roomate J409....

Assalammualaikum dan salam sejahtera sahabat2 ku,


   Saat terlihat status ym Rahmah iaitu Nano- Sebatas Mimpi, tiba2 terimbas segala kngn kami masa satu bilik dulu tyme tahun 1, tyme bru melangkah ke alam universiti, tyme mbru nk adapt environment kat ktsn.... erm, sedih... Rahmah, bila lg kita dpt tggl sama2?...skrg msg2 dh busy.. dh x leh jumpa selalu... jumpa pun kdg2 terserempak je....tu pn kejap je.... Rahmah, aku rindu ko.... teringat lagu2 kita (Sami Yusuf - Anything for You, Nano - Sebatas Mimpi, UKM - Varsiti Kita dan .......) selalu dgr sblm tido, dgr tyme boring, menyanyi tyme tension...huhu.. Rahmah, kngn tu akn ku igt smpi bila2... "Piarom!!!"...."Amah!!!"... hehehe.... tgk tv sama2, emosi sama2, buat kerja giler sama2..hehehe....  Rahmah, andai masa boleh diputar kembali, aku akn putar saat kita satu bilik dulu... J409... terlalu byk kngn indah kat sana... bermula kita rapat tyme ko cerita The Proposal...hehe..bila tgk citer tu, aku teringat gaya ko saat ko menceritaknnya....hahaha...x bleh blah...hehehe.....Amah....... ................ T_T
  









          Tggl 22/09/2010, Rahmah beria2 nk dtg bilik aku....igtkn nk beraya kat bilik aku...hehe..rupa2nya dia nk bg adiah kat aku...terharu sgt2.. nk taw adiah Amah apa?.... Senaskah Al-Quran dan sebuah buku bertajuk "Rabiatul Adawiyah".... rsa mcm nk ngs ja tyme tu... saat baca kad yg dlm buku tu, menitis airmata ku.... Rahmah, aku betul3 berterima kasih kat ko...syg ko....terharu sgt3 beb.... Amah, nnt kita jln sama2 ea...dh lma x kuar sama2....utk sem nie x prnh skali pn kita kuar sama2...... Rahmah, saat nie aku rindu sgt kat ko...... T_T

Hadiah istimewa dri Rahmah tersayang..... (^_^)

Sebuah buku yg bertajuk "Rabiatul Adawiyah"..

            "Ya Allah, Engkau lindungilah Rahmah dari syaitan-syaitan yg membinasakan....Engkau rahmatilah Rahmah, berilah Rahmah kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi dugaan dan cabaran.. Ya Allah, semoga persahabatan kami yg bgikn adik beradik ini kekal hingga ke akhirat... "

P/s: Rahmah, sgt100000000x rindu ko saat nie.... T_T


Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH s.w.t

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur
          

Akhirnya....

Assalammualaikum dan salam sejahtera sahabat2ku,


   Akhirnya dh boleh komen blog ana....patutla selama nie xda sapa nk komen... T_T ... rupanya x leh komen...yg bule komen cuma pemilik blog nie ja....hehehhe... akhirnya....dh bule komen.. thanks to LILOT sbb bgtaw and tlg ubah setting...hehehe... Lilot lah org yg pertama mengomen blog nie stlh sekian lama sunyi sepi tnp komen...hehe...and second adlh Tuan ...Thanks both of u.... Love u so much... hehe... (hepi dh bule komen...) hehe

Happy sebab blog dh bule org komen...hehehe....

Hidup Ini Indah Andai Kerana Allah s.w.t

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur

Sunday, October 10, 2010

Kisah Hari Sabtu... (09/10/2010)


Assalammualaikum dan salam sejahtera sahabat2ku,

            09/10/10, satu tarikh yg x akan dilupakan....wahai shbt2ku, terima kasih... sgt3x hepi bila kita dpt berkumpul rmi2 dan mengembirakn antara satu sama lain.... kisah bermula apabila kami mula menuju ke destinasi kami iaitu Tasik Titiwangsa...sbb ada jamuan hari raya...huhu..dgn penuh kelaparan dan perut yg kosong, kami memulakn perjalanan yg teramat 'jauh' pada pukul 11.15...setelah smpi ke destinasi...ya Allah, rminya org...tgk booth sana barisan pnjg, booth sini barisan pnjg...mna nk mkn nie...huhu..Tuan pn memulakan strategi utk mendptkn mknn yg byk...Sy, lilot, wanot, ros and mimi amik satay...Tuan, syu and ateero amik lemang n nasi ayam...kumpul pny kumpul, byk juga dpt..berpuluh2 cucuk satay...hehehe.. Alhamdulillah.... stlh selesai round yg pertama, kami mula mengatur strategi lagi utk second round...sy, lilot, wanot amik Roti John...Tuan, syu, ateero, ros dan mimi amik lempeng....kmi pn mkn d bawah pokok yg amat cntik dan duduk beralaskan akar pokok yg besar.,...hehe...mmg cantik bergambar d Tasik Titiwangsa nie berlatarkan keindahan ciptaan Allah....subhanallah....stlh itu, kmi pn balik ke kolej dgn perasaan yg gumbira dan kenyang...alhamdulillah......

Tmpt berkumpul.. (^_^)

Friday, October 8, 2010

Khas utk insan yg bergelar SAHABAT...




Dalam dunia ni, kta tak punya sesiapa kecuali
diri kita sendiri. Tapi dalam kita bersendiri kita beruntung
kerana mempunyai seorang bergelar sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keihlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia. Tapi kita selalu terlupa akan hal itu.
kita cuma ambil kira tentang harapan dan perasan kita sahaja.

Kita rasa dikhianati bila dia tdak menepati janjinya
kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaanya.
bagi kita,itu alasannya utk menutup kesalahan dan membela diri.

Kita terlupa,kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,
kerana ada juga janji yang kita tdk tepati.
kita beri beribu alasan memaksa dia menerima alasan kita.
waktu itu terfikirkah kita tentang perasaannya?
seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...
tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang
sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kekecewaan
dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik becerita tentang diri kita
hingga kadang-kadang terlupa kawan kita
juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
pernahkah kita memberi peluang untuk menceritakan
tentang tentang rasa bimbangnya
rasa takutnya.

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana
dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan
dan berita gembiranya?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa
kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat bersandar bila terasa lemah,
agar tdak rebah?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari
hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati
dan perasaan kawan,kerana dia juga seorang MANUSIA.
dia juga ada rasa sedih dan kecewa.

Jangalah kita jadi seorang sahabat yang lebih mementingkan
keegoaan dan maruah dirinya sahaja.
beranggapan bahawa semua rakan-rakannya tidak memperdulikannya
membuat sahabat yang suatu ketika dahulu
pernah susah dan senang bersama
dan berada ketika kita dlm keadaan yang diperlukan
seperti sampah.

Ketahuilah sahabat bahawa tidak semestinya
orang yang bersama kamu sekarang ialah sahabat terbaikmu
dan membuang semua sahabat yg pernah disayangi
kerana jauh di sudut hati
seorang sahabat yang selalu memaafkan
apabila sekali dia benar-benar terluka
selamanya dia akan terluka

Jangalah kita menjadi sahabat yang
tidak pernah memikirkan kebaikan
dan keikhlasan sahabatnya yang lain.


P/s: wahai sahabat2ku, aku amat mencintai@menyayangi korang semua... semoga hari-hari gembira yang kita lalui ketika tahun 1 akan kembali dan semoga kita berupaya dan tabah serta diberi kekuatan apabila persahabatan kita diuji... sesungguhnya nilai persahabatan kita kini sedang diuji... maafkan aku sekiranya aku telah melukai hatimu serta mengguris hatimu samada scr sengaja ataupn x... maafkan aku wahai sahabat....




Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH s.w.t

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur


It's my fault.... T_T

            Ya Allah, semua ini adlh salah ku.... T_T

Bbrp minggu nie terlalu byk perkara yg brlaku....ini termasuklah dari segi perasaan... masa nie adlh msa yg amat sukar bg ku.... knp?..knp aku tidak sabar wlu hny utk sedikit lg?... knp aku tidak boleh tahan apa yg tlh terjadi wlu hny utk seketika ini?... Ini semua adlh slh ku.... kalau aku sabar utk sikit je lg, kita pasti x mcm nie.. saat nie terkenang semua kembali kngn kita, masa kita slalu bersama.....knp aku x fikir sgala apa yg tlh dia korbankan@buat utk aku saat aku sedih....knp aku x fikir apa perasaan dia bersama aku...  tp aku tidak bersabar dgnnya utk 1 perkara, kini bagai ada dinding di antara kami...kami x lg bergurau seperti dulu.. kami hny ckp bila perlu je... aku merasakn disisih...aku taw dia juga merasa disisih... maafkan aku shbt.... maafkan aku shbt krn mementingkan diriku... sesungguhnya semua ini adlh salahku... kalaulah aku bersabar utk sikit je lg..... Maafkan aku sahabat.... "Ya Allah, ampunilah aku ya Allah, rahmatilah shbt ku... berikanlah shbtku ketabahan dalam menghadapi apa cbrn dan dugaan yg melanda... berikanlah kekuatan kepada  shbtku disaat dia merasa lemah..."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik kan3x!!!! Klik La...Klik La....hehehe