Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Thursday, November 18, 2010

Mana Mereka Semua????....

        
          Assalammualaikum dan salam sejahtera shbt2 ku..skrg nie dh cuti sem..dh ada d rumah pn...tpi mana mereka semua??...mksdku,, shbt2 ku...dimana shbt2ku??...FB ku sepi tnp mereka...huhu..oh ya, baru ku igt..semua busy tlg mama masak sempena aidiladha...kali nie aidiladha buat simple je...huhu...rindu korang semua.... semoga shbt2 sentiasa dirahmati Allah.... (^_^)

      Di sini sy ingin memohon maaf dri hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada shbt2 ku sekiranya prnh mengguris hati shbt2 secara sengaja atau tidak... Salam Aidiladha Semua.. kullu'am wa antum bi khair..Allah yubarik fik.. InsyaAllah... Marilah kita sama2 menghayati erti pengorbanan yg sbnr... (^_^)


Hidup Ini Indah Andai Kerana Allah


Kg Benoni
Papar
Sabah

Monday, November 8, 2010

KISAH MENGENAI DAJAL

Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

            Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

            Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?

             Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

           Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal.

          Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,“Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

             Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong.

            Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar  al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

            “Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.

             “Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

             Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”

KEISTIMEWAAN DAJAL
                
            Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

            Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

            Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

           Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

            Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

            Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

        Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

BILA DAJAL DILAHIRKAN

          Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.

           Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.

Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.

Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

DAJAL TINGGAL DI MANA?

           Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

          Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.”Riwayat al-Tarmizi.

             Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

             Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

           “Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

       Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

              Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

             Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

             Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)

Pulau Bermuda... dikatakan menjadi tempat persembunyian dajal.
Tasik Tabariah a.k.a. Sea of Galilee... dajal sedang menanti air tasik itu kering.

p/s: Marilah kita sama2 mengambil iktibar dan mengamalkan membaca surah al-Kahfi serta mohon doakepada Allah agar dijauhkn dengan fitnah dajal.... bertaubatlah selagi ada masa, taatilah perintah Allah dan  tinggalkan larangan-Nya... sesungguhnya kita ini berada d akhir zaman.... tanda-tanda kecil kiamat sudah pn kita nampak setiap hari...  “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

Hidup Ini Indah Kerana ALLAH...

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur

Kerisauan melanda.....


Assalammualaikum dan salam sejahtera shbt2ku...hmm, ari nie xtaw la napa risau sgt... maybe risau sbb esok nak exam kot...tp sblm2 nie kn dh exam??...hmm, mgkn sbb aku dh dlm mood abis exam kot...ape x, cuti seminggu tu...hehhe...sepatutnya cuti seminggu, aku kne study tuk last paper, tp nie x, tgok cerita la..ntah pape je aku wat...bila esok nk exam, baru nak risau n menyesal napa la aku x study tyme cuti tu...hmm...tp aku x juga sedar2...baca nota sekerat je..tido je lebih....huhuhu... 
tpi walaupn esok exam, aku akan cuba menghabiskan study and baca nota petang nie...so, mlm nie just prepare tuk exam ospe parasit je....then, pas ospe esok, aku nk study tuk exam parasit plak..huhu..semangat2...ayuh shbt2ku kita study....huhuhu...byk benda yg nk dikongsi sepanjang ana cuti nie...tpi nnt2 arr...tunggu ana abis exam dulu...insyaAllah...huhu.;
skrg nie musim exam bagi uni2 lain..kami dh start ari tu lagi...so, kpd shbt2 ku yg dh mula exam ari nie, all the best to you all...bittaufiq wannajah...semoga kita diberi kemudahan dalam menjawab final exam nie...doakan kejayaan d dunia dan akhirat kita bersama..... jgn jdi mcm ana taw, esok nk exam, pukul 10 mlm ari ni baru nk study...pastu x tido...hehehe...nnt jdi panda...hehe...tp panda cumel apa.....hehehhee....
kla shbt2ku, ana nk turun cafe dlu..nk beli mknn bersama shbt2ku.... truskan bersemangat...ya!!!! insyaAllah..kita boleh..... (^_^)

Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH....

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur

Sunday, November 7, 2010

Jika belum siap, Cintai dia dalam DIAM...


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, itu adalah ketentuan ALLAH, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

NB. Postingan temannya Aldiansyah(Share by: Arytha Rusianty)


p/s: Cintaku kepada Tuhan adalah kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang di cipta-Nya..... Yakinlah pada Allah dan hidup kita pasti akan indah andai semuanya adalah kerana ALLAH.....

Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH.....

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur

Wednesday, November 3, 2010

Dalam Sujud Cintaku...


          Assalammualaikum dan salam sejahtera sahabat2ku, ari nie terdengar satu lagu nasyid yg sgt3x menusuk kalbuku.... dengan lirik yg menginsafkan.... nasyid tu ku dgr dri page seorang penasyid dri kumpulan devotees iaitu HALIM (sila klik untuk Like dan dgr nasyid yg best2)... best sgt nasyid nie... liriknya pn penuh makna.....



Di youtube pn ada jugak.... Dalam Sujud Cintaku By Halim

Dengarlah ya wahai sahabat2ku.... (^_^)

Hidup Ini Indah Andai Kerana Allah...


Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur

Monday, November 1, 2010

Seorang Insan Yang bernama ASFARRIEZA ARSAD

           
         Assalammualaikum dan salam sejahtera sahabat2ku, kali nie aku nk knalkn sorang sahabatku yg telah membuatkn aku terharu pd mlm nie....sgt3x terharu....  aku sedey sbb sejak kebelakangn nie, aku sering x bersama dia... sgt3x jarang jumpa dia dan bergurau serta berkongsi cerita yg sgt3x pnjg yg terpaksa dia dgr selama bbrp waktunya...(apa ku merepek nie...hehe).... dia selalu pinjamkn telinganya utk mendengar segala celoteh aku..dia selalu pnjm kn tenaganya serta masa nya utk aku...menemani ke mana saja aku mau pergi....menemani aku menyelesaikn masalah dan juga menenangkn aku.....namun, sejak akhir2 nie terlalu jarang kmi berjumpa.... namun, mlm nie, aku sgt3x terharu dengan dia krn di saat dia gembira nk balik rabu nie sbb exam dia abis exam, masih terselit kerisauannya memikirkan ku....risau kalau2 aku bersendirian...risau kalau aku kesunyian... risau kalau xda sapa nk dgr aku bercerita..... krn sblm nie dialah insan yg terakhir menemani aku dikala shbt2 lain telah kembali ke rumah masing2 utk bercuti.... dialah selalu menemani aku mengemas barang2 yg nk d bawa balik..dialah selalu menghantar aku ke pintu pagar menahan teksi... namun kali nie, dia x dpt buat suma nie...dia risaukn aku.... tpi apa yg tlh aku buat, aku rasa aku sering mengabaikn dia.... maafkan aku... aku x berniat pn... maaf sgt3x kalau2 membuatkn shbtku ini terasa diabaikan... maafkan aku........ aku nk taw yg aku sgt3x sygkn shbt ku nie.....sgt3x cinta......

As@Angel_biomed : rabiah
As@Angel_biomed : alhmdulillah
As@Angel_biomed : aku dh bli tiket baru.. balik rabu ni..
Rabiah : iya?
Rabiah : alhamdulillah
Rabiah : alhamdulillah
Rabiah : ko bli brp?
As@Angel_biomed : rm 296
As@Angel_biomed: hehe
As@Angel_biomed : terpksa la berkorbn..
As@Angel_biomed : nnt xmo dh bli tiket awl2
Rabiah: hahaha
Rabiah : yeah!!!!
Rabiah : hehehe
Rabiah : bestnya ko
..........
As@Angel_biomed : rabiah, kali ni ndak dpt antar ko mcm sem lepas.. nnt jaga diri tau.. 
Rabiah : T_T
Rabiah : ndk pa la...
Rabiah : sedeynya
As@Angel_biomed : tu la
Rabiah : ndk dpt kita tidur sama2 sblm balik
As@Angel_biomed : nnt lau cuti seminggu, ko mcmn lau dorg balik??
Rabiah : aku ikut ateero p melaka
Rabiah : hehehe
As@Angel_biomed : alhmdulillah..
As@Angel_biomed : bgslah mcm tu
As@Angel_biomed : teera jaga ko nnt
Rabiah : hehee
Rabiah : iya
Rabiah : ndk dpt la kak as jaga aku
Rabiah : T_T
As@Angel_biomed : ndak jgk aku risau
As@Angel_biomed : ndak dpt pi tgk2 ko..
As@Angel_biomed : hehe
Rabiah : T_T
As@Angel_biomed : risau ko satu org nnt
Rabiah : thanks kak as...sbb risaukn aku
Rabiah : hehehe
As@Angel_biomed : lain aku rasa.. sbb besa msti kita sama2 akhir balik kan
Rabiah : iya
As@Angel_biomed : ko jaga diri baik2 tau.. risau dgn ko lau sorang2.. tp senang hati skit sbb ko ikut teera nnt.. take care ya rabiah
As@Angel_biomed : rabiah..
Rabiah : terharu....
Rabiah : T_T
As@Angel_biomed : cayo2 ya..
Rabiah : sayang ko
Rabiah : hehehe
As@Angel_biomed : doakan kejayaan kita bersama
Rabiah : iya
Rabiah : hehehe
As@Angel_biomed : sayang ko jgk, rabiah

             Insan tu bernama Asfarrieza Arsad... kak as, thanks sgt3x sbb risaukan aku....sebab ambil berat ngn aku...sgt3 terharu... kak as, semoga prjalanan kak as dirahmati Allah....dan semoga kak as smpi d rumah dengan selamat... kak as, enjoylah sepuasnya d rumah ya...tp jgn lupa sama aku arr... kak as, maaf sgt3x andai diri ini ada membuat salah ngn kak as... kak as, terima kasih sgt3x sekali lgi sbb caring ngn aku.....sob3x.... 

           " Ya Allah, rahmatilah perjalanan kak as balik ke sabah.....permudahkanlah perjalanannya....aamiin"..
kak as, aku nk nk kak as taw yg aku sgt3x syg kak as.....love u so much...

Hidup Ini Indah Andai Kerana Allah...

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik kan3x!!!! Klik La...Klik La....hehehe