Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, March 31, 2010

Pesan untuk sahabat-sahabatku dan diri ini...

         


Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..

           Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)

           Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..

           Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..

            Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..

            Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..

            Di mana sahaja ‘dia’ berada…pasti Islam kan agung semula..bila sahaja ‘dia’ berbicara pasti syaitan akan membencinya…bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga…untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya…nurnya takkan pernah malap..gemilang sinaran menerangi insan di sekelilingnya..berkejalah untuk Islam…bersabarlah demi Islam…menangislah untuk Islam..bergembiralah atas kejayaan Islam..semoga kita adalah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama..amin

            Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani

            Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN


            Kalau tidak kerana pemuda yang tetap hatinya dan binatang yang melata, orang tua yang berlutut dan anak-anak yang menyusu, nescaya tidak diturunkan atas kamu hujan itu mencurah-curah. Kamu tidak akan ditolong kecuali disebabkan oleh orang lemah yang terdapat di kalangan kamu. (Hadis riwayat Bukhari)

             Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat…

             Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR R.A)

             Berkata Saidina Ali K.W. : “Kelemahan adalah penyakit, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan, wara’ adalah perisai dan sebaik-baik teman ialah yang mempunyai sifat redha”

            Sabda Rasulullah “Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya” [HR Abu Dawud, disahihkan albani]

            Hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang mampu mengusai hati manusia.. belajarlah ikhlas dalam setiap amalan yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati..


dipetik dari notes seorang sahabat di FB - NurAini...




p/s: marilah kita sama-sama tabah menghadapi apa jua cabaran dan dugaan..kerana cabaran dan dugaan ini lah yang akan membantu kita untuk berjaya di dunia dan akhirat.. sentiasa igt bhw setiap cabaran dan dugaan yg Allah berikan kepada kita sebenarnya mempunyai hikmah yg begitu besar dan igtlah bahawa Allah sgt menyayangi hamba-hamba-Nya... dan igt bhw Allah tidak akan membebani seseorang melebihi kemampuan kita... igtlah setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya... kalau pn kita x nmpk hikmahnya skrg, namun satu hari nnt insyaAllah kita akan sedar betapa besarnya hikmah yg Allah kurniakan kepada kita.... igt la Allah sentiasa dan berfikiran positif dan jgn lupa niat la suma perbuatan kita kerana Allah...

Sunday, March 28, 2010

Muzium Kesenian Islam - (27/03/2010)

  Rabiatul Adawiyah hasil karya Ust Moonir 
             Salam...smlm 27hb 03 2010, sy dan shbt2 sy g muzium kesenian Islam under program Jelajah Minda Kelab Kesenian Islam... mmg sgt3x best... rugi sape x pegi... dh la makanan free, byk, hamper, dan yg paling penting ilmu dan pengalaman... :) 
         Ust Moonir menunjukkan cara kalimah Allah ditulis dlm khat Diwani 
      Ust Moonir menunujukkan cara yg betul menulis nama Rasulullah Muhammad S.A.W dalam
    tulisan khat 
Hasil Karya Ust Moonir telah mendapat tempat ke-3 
              Di sana, kami telah mengikuti kelas khat... sgt cantik kalimah2 Allah ditulis dgn tulisan khat.. sgt bermakna...
              Selain tu jugak, kami telah melawat di dalam muzium tersebut di mana kami telah diterangkan bagaimana konservasi atau baik pulih brg2 yg telah rosak.. mmg memerlukan kesabaran yg amat tinggi....perlukan ketelitian dan kensentrasi yg penuh... 
         
              Dalam muzium tu jugak ada replika2 masjid2 di seluruh dunia... mmg cantik... sgt teliti arkitek yg membuat replika ini apatah lagi arkitek yg membina masjid ini... Subhannallah... terasa ingin nk melawat suma masjid2 ini.... 
Replika Majid Al-Haram 
Replika Masjid Nabawi 
             Mmg sgt3x best... Sahabat2ku..marilah sekali sekala kita g muzium kesenian Islam.. best sbb kita leh dpt byk sgt pengetahuan... jom g beramai2.... 

Majlis Makan Malam Sains Bioperubatan 2009/2010

          Alhamdulillah, majlis makan malam sains bioperubatan telah pun selesai... Majlis tue diadakan pada 25/03/2010 d hotel seri pacific dekat ngn pwtc yg bertemakan "behind d mask, shines a future scientist" ... InsyaAllah, satu hari nnt pasti shbt2 sy akan ada yg menjadi saintis... :)

         Alhamdulillah, kami biomed/1 telah membuat persembahan yg terbaik walaupn hanya beberapa ari shj berlatih.. tue pn sehari sblm majlis nie, tukar jln cerita sikit... Alhamdulillah dgn kerjasama yg diberikan oleh shbt2 membuat kan kita rasa gembira kerana telah buat yg terbaik dan termampu... dgn kerjasama dr suma sahabat2 membuatkan ukhuwwah di antara kita makin erat... sy yg x pernah bercakap dgn bbrp org shbt yg satu kos telah pn saling tegur menegur.. kalau sblm nie hny mampu tersenyum apabila terserampak, tetapi slps tue, kami saling tegur menegur...
        Dinner yg sgt3x best, makanan yg sedap, lecturer yg sporting, senior2 yg bakal graduate... alhamdulillah ya Allah, Engkau sekali lagi telah memberikan aku satu hari yg paling bermakna bagi ku.. Sungguh besar rezeki-Mu ya Allah kpd diri hamba-Mu yg hina ini.....

Thursday, March 25, 2010

Wanita dan Lelaki....

           Salam...subhanallah, bunyi guruh yg agak kuat serta petir yg x putus2 memancar membuat jantung ku berdegup kencang...hanya Subhanallah shj yg mampu terucap ketika bunyi guruh ini berdentum... Ya Allah, ketika ini tidak tahu knp air mata ini mengalir secara tiba2....ya Allah, tenangkanlah ati ku ini.....


          
           Pada saat ini, sy nk kongsikan sesuatu yg telah sempat sy baca selepas abis kelas ketika petir memancar serta bunyi guruh yg kuat... Artikel ini begitu bermakna bagi sy.. wanita dan lelaki saling melengkapi, iaitu tajuk artikel yg tlh sy baca.... sungguh terharu membacanya...

WANITA DAN LELAKI SALING MELENGKAPI
www.iluvislam.com
mya_maisarah
editor: azzahra_solehah



Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah... 


            Diharap artikel ini dpt menyedarkn kita kepentingan bahawa wanita dan lelaki saling melengkapi.... Sungguh terharu.... Subhanallah.... 

                                   Ya Allah, jika dia adalah jodohku
                                   Maka satukanlah kami....
                                   Sekiranyan dia bukan jodohku,
                                   Redha kanlah hatiku dgn ketentuan-Mu....

  

Apa yang penting?...kerjasama...!!!

         
       
         Salam...wah...dah lama xupdate blog nie....huhu...rasanya dh berbulan2...bukannya x nk update but ye la kdg2 tu nk tulis, tp bila dh nk tulis, ilang plak idea nie... :)...
       
          Okay, pada kali nie, sy nk ckp ttg kerjasama antara satu sama lain...sejak kebelakangn nie terlalu byk perkara yg tlh berlaku sehinggakan kesalahfahaman pn turut berlaku....dlm hal nie, sy nk kongsikan apa yg penting dlm satu kumpulan atau satu pasukan adalah kerjasama... Selain itu adalah komitmen juga penting kerana ia melibatkn keseluruhan ahli kumpulan tersebut...
         



             Sy nk kongsikan satu pengalaman yg telah sy lalui spnjg bljr d universiti... Sy dan rakan2 satu kos diminta utk membuat satu persembahan utk satu majlis dn disebabkn kesuntukan masa, terlalu byk konflik yg telah berlaku... tidak dpt dinafikan setiap kumpulan pasti ada konflik masing2... namun, pada malam terakhir di mana esok nya kemuncak persembahan kami, kami menerima tekanan yg agak besar dan pada saat tue sy lihat suma muka kwn2 sy kelihatan tegang,.. sy amat berterima kasih kpd tuan director ketika itu d mana memberi semangat dan meningkatkn semangat untuk membuat yg terbaik... Alhamdulillah, pada saat itu, sy lihat kerjasama di antara kami jelas terpancar di mana suma rakan2 memberi komitmen yg agak baik.... dalam masa yg sama, masing2 di antara kami memulihkn emosi yg agak tegang td.. dan dlm masa x smpi pun satu jam, persembahan yg telah diubah sedikit, kami bleh buat dgn baik wlupn tidak perfect but it nice... bygkan apa yg tlh kami praktis selama 2 hari yg lalu, tidak sebaik apa yg kami buat pada malam itu...

           ya Allah, sungguh besar dan sungguh agung kebesaran-Mu dlm menyatukan kami semua... wahai shbt2ku, sy arap kita buat yg terbaik dan yg termampu... InsyaAllah, suma akan baik2 shj.....
Di sini, sy tlh dpt byk pengajaran di mana dlm keadaan kita yg tertekan, suma benda yg kita buat akan membuatkn kita rasa sakit, x bleh nk jd apa2....tp bila kita dlm keadaan emosi positif, insyaAllah suma nya akan berjalan dgn lancar dan ingtlah bahawa Allah tidak akan membebani seseorang melainkan apa yg terdaya baginya... Just think positif that u can do it....

          x lupa jugak, sy ingin berpesan kpd shbt2 sy yg tlh membaca hasil posting sy nie dan juga diri sy ini, dlm satu kumpulan, marilah kita memberi komitmen dan kerjasama kpd ahli kumpulan, jgn mengharap kepada ketua kumpulan kerana ketua kumpulan la yg akan agak tertekan ketika ini..berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..dan bila kerjasama dpt diberikan dgn baik serta komitmen yg memberangsangkan, beban yg dipikul oleh ketua kumpulan akan ditanggung bersama.....
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh....

Maaf andai ada terkasar bahasa.... Hidup Ini Indah Andai Kerana Allah .... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik kan3x!!!! Klik La...Klik La....hehehe