Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday, February 27, 2011

RAHK..Pengalaman yang sgt bermakna..Best!!!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera...


           26 Febbruari 201: Alhamdulillah, masih lg diberi nikmat dan kesempatan utk mghyti lagi keindahan ciptaan Allah.. Alhamdulillah ya Allah.. sgt3x best.. dh lama x join aktiviti2 mcm nie... x rugi join aktiviti nie..REHLAH Alam HIJAU kunang-kunang...satu pengalamn yg sgt3x berharga dan bermakna...Thanks to Wana sbb invite me tuk join aktiviti nie...d sbb u dh byk kali invite I tuk join aktiviti2 kelab Rakan Muda but I still can't go and now I want to go and I dh pergi...yeah!!!!! Thanks juga to Rossa, Aj, Shafiq, Suhardi, Syafiq, Qeen, Qai and suma la sbb memeriahkan lg majlis aktiviti kita pada hari kejadian smlm..hehehe..alhamdulillah....

          Kisah REHLAH Alam HIJAU kunang-kunang akan dipostkn pada entry berikutnya atas sbb2 nk p mengemis dulu gmbr2 d sekitar tmpt kejadian sbb kat hp nie gmbrnya sedikit banget..yg ada gmbr masa shbt2 tgh wat aktiviti kat check point no. 2 je..kn3x ros?...kn camera hp je..huhu...byk sgt camera2 yg tip top gitu..malu plak nk kuarkn hp burok nie..xde la..hp kita mne ade burok...hehehe....TELEFON ROSAK???!!! jeng3x...saksikan entry coming soon...hehehe....

p/s: Wana, Aj, Qeen, Qai, Rossa and sape la lg yg ada bwa camera smlm, nnt nk minta gambar...boleh la...boleh la...hehehehe....

Subhanallah..sungguh indah ciptaan Sang Pencipta..

Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur

Friday, February 25, 2011

"Remaja Pada Zaman Nabi"

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera shbt2ku,

       Alhamdulillah, smlm masih lg d beri nikmat dan petunjuk utk menghadiri sebuah majlis ilmu yg d adakn sempena Bulan Penghayatan Islam 2011 (BPI) d ktsn. Alhamdulillah, masih lagi d beri nikmat utk menulis entry utk d sampaikan kpd shbt2.

       Majlis Perasmian BPI tlh diadakan sblm ceramah Maulidur Rasul. Ceramah Maulidur Rasul yg bertajuk "Remaja Pada Zaman Nabi" yg disampaikn oleh Al-Fadhil Ust Adlan Abd Aziz . Tajuk ceramah yg begitu menarik. Teringin utk mengetahui bagaimanakah cara kehidupan atau kebudayaan remaja pada zaman Nabi. Antara remaja2 pada zaman Nabi yg dpt kita contohi antaranya ialah sahabat-sahabat Rasulullah. 

        Untuk menjadi seperti Remaja pada zaman Nabi, Ust Adlan Abd Aziz telah menyatakan lebih kurang 7 aspek@ciri penting utk menjadi seperti remaja pada zaman Nabi.

Klik pada Gambar utk melihat dgn terang dan nyata...

1. Kawalan Nafsu

   Nafsu iaitu suatu keinginan terhadap sesuatu. Semua manusia mempunyai nafsu. Tanpa nafsu, kita     bukanlah manusia namun nafsu ini haruslah d kawal mengikut syariat yg telah d tetapkan. Nafsu nie kalo tidak di kawal akan memakan diri sendiri. Lihat betapa byknya gejala2 sosial yg terdapat d tempat kita hny ingin memuaskn keinginan masing2 tnp memikirkan akibat dan balasan Allah d akhirat kelak. Disebabkan nafsu tidak terkawal, terjadinya kes zina, buang bayi, hisap dadah, mencuri, meragut, merompak dan berbagai2 lgi. 

“Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).

    Pada zaman Rasulullah S.A.W. , perkahwinan muda digalakkan. contohnya seperti Saidina Ali dan Fatimah. Dengan berkahwin, insyaAllah, semuanya akan terjaga dan perkara maksiat juga dpt dielakkan. begitu byk faedah dalam perkahwinan. Namun, sekiranya tidak mampu utk berkahwin, maka Rasulullah S.A.W menyuruh hendaklah dia berpuasa kerana puasa adlh penahan daripada gelojak nafsu. Kesimpulannya, nafsu adalah penting utk d kawal kerana takut disebabkan nafsu, usaha kita selama ini adlh sia-sia. 

2. Ibadah Berkualiti

        Kita d wajibkan utk beribadah kpd Allah seperti solat 5 waktu. Namun, cuba kita lihat solat kita. Adakah kita solat hanya asalkn solat ok la tu ataupun adakah kita solat dengan sebaik-baiknya, dengan khusyuknya?..lihat ketika kita takbir, lihat ketika kita membaca Al-Fatihah, lihat ketika kita ruku' dan sujud. Adakah kita melakukannya dgn bersungguh-sungguh?..tepuklah dada tanyalah iman. Kualiti ibadah ini adlh amat penting dalam mendapat impak yg bermanfaat spt melindungi kita drpd hasutan syaitan, melindungi kita drpd membuat maksiat, membuatkan diri kita tenang. Membaca Al-Quran, adakah kita memahami makna ayat-ayat Al-Quran tersebut?.. Adakah kita mengamalkan ayat Al-Quran?..tepuklah dada tanyalah iman. Sesungguhnya kualiti ibadah itu amat penting utk mendapat keredhaan Allah.

3. Pentingkan Ilmu

            Dalam Islam, ilmu adlh amat penting dan dititikberatkan. Didiklah anak-anak dari kecil dan berilah mereka peluang untuk menjalani kehidupan seorang muslim. didiklah mereka untuk solat 5 waktu sehari semalam, didiklah mereka untuk membaca, memahami dan menghafaz Al-Qurah, didiklah mereka untuk mengamalkan amal ma'ruf nahi mungkar. Agar apabila besar kelak menjadi salah seorang pejuang Islam. Berilah mereka peluang untuk menjalani kehidupan seorang muslim.

4. Sumbangan dihargai

           Orang yang tidak tahu menghargai orang lain samalah seperti orang yang tidak bersyukur kpd Allah. Jgnlah kita menjadi seseorang yg tidak tahu bersyukur kpd Allah. Nabi sgt menghargai sahabat-sahabat baginda. Untuk menjadi pemuda yang baik, kena tahu menghargai orang lain. Selain drpd kita menghargai orang, dlm masa yg sama kita juga memotivasi dan memberi semangat kpd orang lain. Hargailah usaha orang lain. Jangan kita angkuh. 

5. Memimpin Dakwah

         Setiap orang adalah daie..cuma antara sedar atau tidak tanggungjawab masing2. Berdakwalah mengikut cara Nabi. Nabi juga berpesan janganlah pandang perkara baik itu sebagai perkara yang kecil. Nabi juga berpesan "Dakwahlah dan sampaikanlah walau satu ayat".

6. Penggunaan dan Pengurusan Masa 

         Uruslah masa dgn sebaik mungkin. Janganlah kita hanya berikan masa pada urusan dunia sahaja. Berilah masa untuk melakukan persediaan utk hari akhirat kelak. Nikmat d dunia ini diibaratkan setitis air laut yang jatuh dari jari kita dan nikmat d akhirat adalah diibaratkan seperti air lautan yang begitu banyak. Namun masih ramai lagi yang hanya mengejar setitis air laut tersebut tanpa menoleh kearah lautan. Jadilah kita seorang yang menjayakan dunia mengutamakan akhirat. D dunia kita beruntung, d akhirat lagi lah kita beruntung. Laksanakanlah perintah Allah dan tinggalkanlah larangan-Nya.

7. Keberanian Bertempat.

          Para sahabat Rasulullah S.A.W mempunyai keberanian yang ada tujuan dan terarah. Para sahabat Rasulullah juga dilatih berperang sejak kecil lagi dan di ajar sendiri oleh Rasulullah. Betapa beraninya remaja pada zaman Nabi. Suhanalllah. 

Begitulah 7 aspek atau ciri yang perlu kita beri perhatian untuk menjadi seperti remaja pada zaman Nabi. Marilah kita muhasabah diri kita dan memperbaiki kelemahan diri kita dan amalkanlah hari ini lebih baik dari semalam. 

P/s: Ana ingin memohon maaf andai ada tersalah bahasa atau terkasar bahasa. Mohon perbetulkan sekiranya terdapat kekurangan. Yang baik itu datangnya dari ALLAH dan yang buruk itu adalah datang dari diri ana sendiri. Sebelum terlupa, nie blog Ust Adlan Abd Aziz. http://pemudaiman.blogspot.com .. Bolehlah berkunjung ke blog Ust Adlan ye... (^_^) 

Sampaikanlah walaupun satu ayat.


Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur

Thursday, February 24, 2011

The answer tuk Yang Mana Satu??..Nyamuk..Nyamuk..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera shbtku,


       Jwpn utk entry "Yang Mana Satu??..Nyamuk..Nyamuk.. " akhirnya keluar juga...hehehe...sbnrnya senang sgt soalan nie kn shbt2 ku...hehehe....

JAWAPANNYA ADALAH
...
...
...
...
...
...
...

TADAA!!!!!

Klik pada gambar utk melihat dgn terang dan nyata....

Yess...jwpnnya adalah A adalah jantan, B adalah betina...knp?...sbb nk tawu jantina nyamuk, kita kena tgok antena dia...kalo antena dia berbulu lebat, maka ia adalah jantan...manakala betina, antena dia berbulu sedikit....nyamuk nie adalh species Anopheles...ada rupa Anopheles x?...hehehe....

Yeah kpd Tuan, tahniah!!!!!...terbalik ayat aku nie...Tahniah kpd Tuan..Yeah!!! hehehe..kak as pn tahniah juga slps percubaan yg kedua baru betul....hehehe..tahniah2!!!! nnt I blanja mkn aiskirm ya....hehehehehe....

p/s: smoga kita dpt mempertingkatkn lagi result entomologi perubatan kita ke arah cemerlang..insyaAllah, kita boleh!!!.....Hiyyakkkk!!!!...hehehe..
alamak!! lupa nak baca histopath..esok nnt Dr Balqis tnya....Jom baca Histopath kwn2ku!!!!.

Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur


Wednesday, February 23, 2011

Nilai Sebuah S_ _ _ _ _ _ _ N ....

Bismillahirrahmirrahim
Assalammualaikum dan salam sejahtera shbtku,

         Kali nie nk kongsi apa nilai sebuah S _ _ _ _ _ _ N .. agak2 apa huruf yg patut ada d tempat kosong tue??...hehehehe....teka la..hehehe

...
...
...
...
...
...
...
...
TADAA!!!!

S
E
N
Y
U
M
A
N

     Ya betul..apa dia nilai sebuah senyuman?...seperti yg kita tawu senyum nie adlh slh satu penyakit berjangkit...agak2 knp ye?...hehe..sbb bila org senyum kat kita, kita pasti akn bls balik senyuman insan tersebut, sbb tue senyum d panggil penyakit berjangkit...hehehe...tp tahu kita apa tu nilai sebuah senyuman?..mmg byk kategori senyuman..ada senyuman yg ikhlas, sinis, dan mcm2 lg...tp kita akn automatic dpt detect mana 1 senyuman yg ikhlas ataupn tidak....hehehe...sbb senyuman yg ikhlas akn buat kita rasa tenang biarpun insan tersebut mempunyai pelbagai dugaan tp sekiranya dia berusaha utk mengukir senyuman, insyaAllah kita akn rasa senyuman tu adlh ikhlas... nk taw apa perkara yg penting pada senyuman?...senyuman juga adlh satu sedekah....at least bila kita senyum, org lain juga akn rasa tenang dan gembira....(^_^)

Klik pada gambar utk melihat dgn terang dan nyata....

dia tidak meminta bayaran, tapi harganya sunnguh tak ternilai...
dia memperkaya mereka yg menerimanya, tanpa membuat melarat mereka yg memberinya...
dia hanya terjadi sekejap, namun kenangan tentangnya bertahan begitu lama.
tak seorangpun meskipun begitu kaya mampu bertahan tanpa dia, 

dan tak seorangpun yg begitu miskin, tetapi menjadi kaya kerana manfaatnya...
dia menciptakan kebahagiaan untuk orang lain...
dia memberi rasa dalam letih, sinar terang dlm keputusasaan, sinar mentari dari kesedihan dan penghalang bagi kesulitan dalam hidup...
Namun dia tidak bisa dibeli, dipinjam atau dicuri,
kerana dia adalah sesuatu yg tidak berguna sebelum diberikan kepada orang lain...


"... Because when I smile, I know the people around me will reciprocate. They will then create that perfect, happy and healthy environment for my wellness....." - Mas Afzal -

"What we need in the face of adversity, is a smile. When one smiles, you show to people that you BELIEVE. And when you have the belief, people too will share the same optimism. When belief is in the air, then it can only help you in whatever struggle you face in life.".. - Mas Afzal -
        
      Sbb tu, sy akn senyum seikhlas mgkn sbb dgn senyuman, kita boleh buat org d sekelilingi kita happy...kalo ada mslh pun, sy akn usaha utk senyum sbb dgn senyuman, InsyaAllah, tension sy makin berkurang... biarpun hati gundah gulana gelisah, akn ku usahakn utk mengukir sebuah senyuman krn nilai sebuah senyuman itu amat bernilai....


p/s: Jwpn tuk entry Yang Mana Satu??...Nyamuk...Nyamuk... akn di'post'kn pada entry berikutnya...hehehe..  biar kak as tertunggu jwpnnya...hehehe....

Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur

Tuesday, February 22, 2011

Yang Mana Satu??...Nyamuk...Nyamuk...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera shbt2ku,

           Mesti tyme nie rmi shbt2 biomed ku sdg bertungkus lumus tuk menjadi seorang artist...haih, bukan artis pelakon taw, penyanyi pn bukan...tp artist yg melukis tue... pasti shbt2 ku bertungkus lumus tuk melukis generasi spesies2 nyamuk beserta telur-telurnya...hehehe...aku pn x terlepas juga melukis2 nie...huhu....smbil melihat lukisan ku yg telah aku lukis sabtu baru2 nie, tiba2 aku terfikir nk post apa kat blog aku....hihihi....nk taw x apa dia?....
Jeng..Jeng..Jeng.....(nervous x?..hehe..)
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
TADAA!!!!!......
Klik pada gambar utk melihat dgn terang dan nyata...
  
      Jom..Jom..Jom teka....hehehehe.....mana satu jantan mana satu betina?....hehehehe....agak2 nyamuk apa yg aku lukis nie?.dh mcm soalan final dh..tp agak2 soalan mcm nie masuk x?...hehehehe... disebabkn aku x brp pndi sgt melukis, so thp nk meneliti spesies nyamuk serta jantina nyamuk nie agak sukar ye.....cepat teka, nyamuk apa nie?....mana satu jantan?..mana satu betina?...adakah A adlh nyamuk jantan atau pun B?..... adakah B adlh nyamuk betina atau pun A?...hehehe....hmm, hadiah???....teka dulu baru bleh taw apa adiah dia....hehehe...tp igt, nie bukan contest taw..hehehe..jom la teka...

          K la...nk sambung melukis lgi....hehe..alamak!!! ada 18 lukisan lg...byk nya...xpe2..buat slow2 ea...hehehe...18 to go!!! betul ke english aku tu...hehe..18 more...chaiyok2 Rabiatul!!!.. Chaiyok2 juga shbt2 ku dlm melukis nyamuk2 tuk report ento!!!!....hehehe...HIYYAKKK!!!!!!

p/s: sejak aku lukis nyamuk2 nie, makin byk plak nyamuk kat bilik aku...aku nk tgkp, nk wat physical examination kajian.. kajian konon...haha...sbnrnya nk tepuk nyamuk, tp asyik x dpt je....abis la badan aku....huhuhu

Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur

Sunday, February 20, 2011

I Love ...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera shbt2ku,

          Wah!!!! I love my new layout template sbb I dh abis kn masa berjam2 utk membuat post nie....sbnrnya just nk gtaw what I like most in my new template blog....hehehehe....cumel x?..cumel x?....(jap lg jdi trademark blog nie juga "cumel x??" nie..asyik ckp "cumel x?" je)....hehehehe

Klik pada gambar utk melihat dengan terang dan nyata...
Bagi sape yg x sempat tgok template lama blog ana, nie la dia.....makin matang x slps d renovate modified ubah suai edit??...hehehe....

klik pada gambar untuk melihat dgn lebih jelas dan nyata..hehehe 
wah...suka this picture...comel2....hehehehe....what I like most in my new template blog??..ea, bukan my new blog tempate ke?...arr, antam saja la...hehehehe....suka la gmbr nie....hehehehe


p/s: dah lama niat nk hias n edit blog nie supaya lg cantik, supaya lg semangat nk update...hehehe..tp terpaksa d tangguhkn atas sbb2 yg x dpt d elak sbb terlalu busy and sometimes malas sikit...hehehe....Tuan@~My MooN KingDoM~, ko bila plak nk update@hias blog ko?...Lilot dh..aku dh...ko??....hehehehe.... 

Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur


Berwajah Baru ...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

           Setelah sekian lama x update blog, akhirnya blog Luahan Seorang Insan bertukar wajah....really2 love wajah baru Luahan Seorang Insan... walau pn pinky gitu tp I really2 love the tulisan yg comey2...hehehe....

I'm in love with my blog...

Bahagianya....hehe...Blog Lilot@Ie-man (KLIK SINI) pn dh smakin cntik+cumel+menawan...dah ade hamster n pingu...comey3x...hehe

Bahagianya.....arap2 lps nire rajin update blog ye wahai Rabiatul Adawiyah...hehehe

Oh My Lovely Echo....Comel x?...hehehehe.....yeah!!! Bufday Echo = waktu Echo d adopt menjadi peneman ku d bilik iaitu 19 Feb 2011... suka3x.....(^_^)

Alamak!!!! Lapar la plak..(waktu skrg menunjukkn pukul 3 pagi)....chicken chopku tlh abis d digest utk masuk ke intestine plak....lapar...lapar.....mo mkn maggi la....hehehe...gumuk la aku x lama lg....huhuhu....

P/s: Byknya kerja@assignment@lab report...tp x buat2 lg...adoiyai...Rabiatul Adawiyah, g buat kerja k....siapkn kerja.....smangat..smangat....Jgn lupa mengundi ari Isnin nie ye teman2 ku.....tetiba plak...hehehe....mo mkn maggi dulu arr.....hehehe.. apa2 pun thanks to Lilot sbb ajak tguk muvie ngn Tuan  kat bilik I td yg aku rasa muvie plg byk aku tutup mata n telinga..kalo tguk kat wyg,xtaw la apa jdi kat jantung aku..huhu..rasa2nya movie apa?...huhu...tuan n lilot di larang tuk menjawab soalan ini....hehehehehe...

Hidup Ini Indah Kerana Allah

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur

Friday, February 11, 2011

The Blogger that Inspired Me....

Bismillahirahmanirrahim
Assalammualaikum dan salam sejahtera...


             Sejurus shj exam midsem nie abis, aku mula aktiviti dgn blogwalking d mana aku telah usha2 sblm last paper tdi..cuma blum berkesempatan tuk baca....sebaik shj smpi d bilik...aku baca blog seseorang yg aku dh buka link nie sejak tghari td tp x baca2 lg....Ya Allah, blog nie betul2 memberi inspirasi kpd aku utk belajar lebih tabah dan tabah menghadapi ujian yg Allah berikan....blog nie jumpa kat iluvislam (KLIK SINI )... post pertama yg aku baca bertajuk FACE IT WITH SMILEKLIK SINI )..ya Allah, sgt3x terharu dan xtawu nk ckp mcmn... bacalah post tu... sy xtawu nk trgkn mcmn perasaan sy lps baca post tu.... air mata berlinangan.. sungguh tabah hati hamba Allah yg bernama Mas Afzal Masarudin ...
              Mula-mula baca post nie, sy igt Mas Afzal nie masih berada d bumi Allah ini tapi bila tgok post terbaru dari blog nie My Baby AfzalKLIK SINI ) , baru sy tawu bahawa insan yg tabah ini telah kembali ke pangkuan Illahi... post yg terakhir nie tlh d update oleh umi Mas Afzal nie.... betapa terharunya apabila melihat Mas Afzal nie solat maghrib d hospital...  teringat apabila masih ramai yg tinggalkan solat walhal solat itu adalah wajib... ini dpt kita saksikn betapa insan yg bernama MAS AFZAL MASARUDIN ini betul2 x nk tgglkn solat d saat2 kehidupannya d dunia ini hampir berakhir..insan ini sedaya upaya memambahkn bekalan utk kehidupan yg abadi d akhirat krn sudah tawu tempoh utk mengumpulkn bekalan utk ari akhirat semakin suntuk...kita yg sihat nie sentiasa lalai dan sambil lewa dlm mempersiapkan diri kita utk kehidupan d hari akhirat ini..ya Allah, ampunilah aku ya Allah..... 
Day 2 at Ampang Hospital : Afzal Performing Maghrib prayers
            Betapa tabahnya hati hamba Allah yg bernama Mas Afzal ini...moga rohnya dicucuri rahmat dan dalam kalangan org yg beriman...amin ya Rabb..moga sabar menghadapi musibah,sesungguhnya kita xpernah lari dr perpisahan...Al-Fatihah..
                K la...nk sambung baca post2 dlm blog NOT THE PRIMROSE PATH ....

Allah certainly has unique ways to show His Love. I hope I will not lose my chance...
 (kata-kata dari blog Mas Afzal Masarudin)

p/s: Marilah kita hidup dengan baik dan menjadi manusia yang berguna serta melaksanakan perintah Allah dan jadilah insan yg bertaqwa kepada Allah. Ya Allah, cukupkanlah umur dan waktu kami di dunia ini untuk hidup sesuai dengan keinginan~Mu agar pada saatnya nanti kami siap “bertemu” dengan~Mu. Redhailah semua usaha yang kami lakukan ini, usaha untuk membuat kami “siap” bertatap wajah dengan~Mu.

Ya Allah, terimalah amal kami hari ini, ampunilah dosa-dosa kami. Ya Allah kiranya engkau panjangkan usia kami esok, semoga ketika kami bangun, Iman dan Islam masih tetap ada pada diri kami. Dan kalau Engkau mengambil diri kami, kerana sememang kami milik~Mu.





Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH


Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur

Boleh???.....

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Boleh??...boleh ka sy?..Boleh ka sy update blog??...hehehe..hakikatnya dah update pun walhal esok ada 2 paper yg menunggu....


T_T ...nie la akibatnya x blaja dri awal..esok nk exam, mlm nie baru nak study...igt ko nie genius sgt ke Rabiatul...stress..stress....huhuhu..jgn stress Rabiatul... (^_^)


 Bila tyme exam, mcm2 la azam lps nie nk blaja dri awal la, nk siapkn kerja yg berlambak2 lps exam...huhuhu...byk lg sbnrnya azam ketika exam nie....tp tyme exam nie la sibuk ada mood nk update blog la, tgok citer la...huhuhu..


        Rabiatul, ko kna lawan suma tue...yup...sy kena lawan....STUDY!!!!!! Jom sambung study...esok last paper...yahooo!!!!!!! cepatla...g smbg study....huhuhuhu


Tapi lapo la pulak..nak mkn cokelat..nak makan eskrem...nak makan jajan...nak makan suma....lapo..lapo...lapo......


G STUDY la Rabiatul.....hehehehe...All the best shbt2ku for the last day exam tomorrow....aja..aja..fighti!!!!


p/s: shbt2, maafkn andai diri ini prnh mengguris hati shbt2 secara sengaja ataupn x sengaja....Maaf.....sob3x.. I love u all so much....

Sahabat yang amat ku cintai...
susah senang kau di sampingku...
kehadiran dikau di sisi...
memberi ku semangat meneruskan perjuangan


Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH....

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur

Sunday, February 6, 2011

Sewaktu Cuti Seminggu d Manfaatkan Bersama ......

Nabila ku cyg....hehehe
Bismillahirrahmanirrahim....
Assalammu'alaikum dan salam sejahtera shbt2 ku....
Wah, dah lama x update blog...sejak berminggu2 lamanya..busy ckit...ntah apa yg d busykan...hehehehe...tyme nak exam la baru smangat nk update blog....huhuhuhu

28hb Januari ari tu balik Sabah sbb cuti CNY seminggu, jdi balik la sabah@kampung@rumah ku syurgaku...hehehe... seminggu tu jugak la aku x fikir apa2 psl UKM KL...hehehe...sdgkn mggu dpnnya dah exam mid sem...hehehe..ayah n mama asyik suruh aku buka buku..nota d bawa tp just utk pameran d meja shj...hehehe..maaf nota2ku...skrg dah balik KL@KTSN baru nak cek sume nota ade ke x...hehehe.... 

tok..tok...tok...pintu ku berbunyi stlh aku on lampu slps bgon dari tidur..."esok ada pemeriksaan bilik, kemaslah apa yg ptut"...aku tersentak seketika...baru skjp ketua aras bgtaw aku esok ada pemeriksaan bilik...bilik aku dh la mcm tongkang pecah...adoiyai!!! kne kemas nie...study nye bila???!!! sape suro x study tyme cuti..enjoy lg...pada muka aku....(shbt2, jgn tiru gaya ana taw study last2 minit)...

KRONOLOGI CUTI sempena CNY @ cuti-cuti cinta (eh, silap!!) CUTI SEMINGGU D MANFAATKAN BERSAMA USRAH TERCINTA... (^_^)

28hb Jan 2011 - Naik flight dri KL kul 5.50 ptg...terima kasih to KAK AS tersyg n kwn dia sbb sudi antar aku ke KLIA...hehe..smpi d KKIA dlm kul 8 lebih...smpi d rumah kul 11.00mlm...adik setiap masa tny bila nk smpi...hehehe...

29hb Jan 2011 - Sesi berjalan-jalan bersama adik-adikku...hehehe...Nurul n Faiezah...g mkn KFC n beli KFC tuk family....hehehe..pastu p beli ayam n sayur n apa2 la yg adik aku pujuk aku tuk beli brg2 drg...hehe..siok ea bawa kereta...hehehe

30hb Jan 2011 - Sesi berjalan-jalan juga bersama adik-adikku serta anak2 kaka spupu ku, dyg n nabila g beli ambuyat@sagu (mknn org Brunei) n cili n sbginya..g pasar la...bersama adik-adikku...sbnrnya ari nie nk jln ngan mama n ayah tp sbb ayah g buat kereta smpi la ke ptg...mama pun dh malas nk jln..so sy pun jln ngn adik-adikku dgn alasan nak beli ambuyat@sagu....hehehe....sbnrnya nak bawa kereta je....hehehe..malam tu makan ambuyat@sagu..tp dgn sambal belacan je sbb byk bahan xda...sbnrnya makan ambuyat nie dgn sambal mangga, sup ikan, sayur..tp d sbbkn bahan xde so makn je la dgn sambal asam belacan...hehe...sedap gak...wlupn x jadi sgt....lmbt ba c Iyan dtg...huhu

nie nabila...hehehe...pakai tudung sbb ayah ckp kalo nak ikut, kna pkai tdg...hehehehe..cumel x??..
Di KFC....hehehe
31hb Jan 2011 - sepatutnya nak g KK dgn ayah tp x jadi sbb dua2 malas nak gerak...hehehe...so ptg tu jalan lg p papar sama adik2ku....hehehe...kali nie beli bahan-bahan nak buat kek coklat n cheese...hehehe...wah!! hari2 jln nie...apa kes!!!...hehehe

01hb Feb 2011 - sesi membuat kek coklat kali pertama...hehehe..antam saja la..tp sedap jugakkk....hehehehe....bersama pembantu ku yg setia dayang n faiezah....hehe...

kek coklat ku yg pertama....hehehe
02hb Feb 2011 - sesi membuat kek cheese+coklat yg d nantikan oleh my lovely mom..buat khas tuk org yg bufday bulan jan iaitu mama n iyan...hehe...seperti biasa pembantuku dayang n nabila n khai....hehe..faiezah teda sbb dia p sekolah agama....hehehe

cian tulisan cokelat kat atas tu....hehehe..Selamat Hari Lahir Mama n Iyan..(kek nie satu ja taw!!...yg atas tu sblh kiri slps n kanan sblm..hehe)
pembantu setiaku Dayang..hehe
pembantu yg sgt3x membantu....hehehe..cumel...
03hb Feb 2011 - blaja nak jadi menantu org..hehe..xda la..ikut mama p pasar tani membeli belah brgn dapur...hehehehe.....byknya barang...kalo bawa kereta, sure beli brg byk lagi tp sbb kami pegi dgn menaiki bas, hasrat kami terbantut nak beli byk brg,...hehe...ayah kerja pagi...huhu..balik ja dari pasar tani, lepas zohor terus tido x ingat dunia...huhu..mama buat nasi lemak....hehehehehe...wah!!! syidapppnya!! (versi nabila...hehehe)



sedapnya!!!!!...hehehe
04hb Feb 2011 - dah mula hibernate sbb memikirkan nak balik KL ahad tue....wuawuawauawauwauwaua!!!! exam ku....huhuhu

nie tyme mkn tgh mlm...hehehe
05hb Feb 2011 - last jln tuk cuti nie....bawa adik2ku n Dayang n Nabila p mkn KFC n beli KFC tuk familyku kali terakhir...sob3x...abis duit ku..xda la..for my family, i dont care...hehehehe...


sedap plak ikan gelang tue...hehehehe
06hb Feb 2011 - aku TERBANG balik KL@KTSN........sob3x..bye family ku.....miss u all so much...T_T

             Begitula kisah cuti seminggu d manfaatkan bersama FAMILY...huhuhu...k la..skrg nie nak kemas bilik plak tuk esok....huhuhu..bila la aku nak study!!!..shbt2, jgn lupa study taw...!!! hehehe..hujan...sejukkk....tidooo!!!! xleh tido..kemas bilik....huhuhuhu...

p/s: marilah kita doakan semoga shbt2 kita yg berada d Mesir tabah menghadapi dugaan ini serta d beri perlindungan oleh Allah..insyaAllah, semuanya akan baik-baik saja...

Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH...

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh

Kuala Lumpur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik kan3x!!!! Klik La...Klik La....hehehe