Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, October 30, 2012

Si CHiBo and CHiBi

Assalammualaikum w.b.t sahabat ku,

wah..setelah 5 bulan update..hehe..fhm2 je la..hehehe

Nie nak citer pasal Si ChiBo and CHiBi nie...sape mereka tu??..

jeng3x...

Semalam 28/10/2012, saya menerima 2 anak angkat...
tadaa!!!!

Nama: CHiBo and CHiBi
Species: Winter White Hamster
Tarikh Lahir : 13/10/2012
Umur : 2 minggu +
Jantina: Dua-dua Jantan... 
(jap ag 1 betina 1 jantan kn...abes aku..hehe)

Comel x mereka?...comel kan...excited giler dpt bela hamster..mereka peneman dikala sy mengantok, x jadi tido sbb karenah comel mereka...dikala sy nk buat kerja, x jadi buat kerja sbb mereka..abes la...kemaruk kecomelan mereka..rasa cam nk main dgn mereka 24 jam...hehe..comel..comel..comel... 

CHiBi dan CHiBo baru sampai rumah baru... ^_^

CHiBi tgh enak tidur lepas puas bermain...^_^

Nie la Chocolate Factory CHiBo and CHiBi!!..

Nie pula barang2 keperluan CHiBo and CHiBi

Love u CHiBo and CHiBi!!!
Please bear with me!! ^_^

p/s: thank u to SYamimi sbb sudi bagi hamster yg comel!!.. Thanks juga utk Aunty Adaa yg sudi bagi buah tangan Vitamin tuk CHiBo and CHiBi...mmuuaaahhhhh...

Plaza Rah
Jalan Raja Abdullah
Kg Baru
Kuala Lumpur

Sunday, May 20, 2012

Infection???....

Assalammualaikum w.b.t sahabatku,

suda terlalu lama x post entry baru kan..almost 2 bulan rasanya.. ke 3 bulan??..hehe.. sy pun dah x igt..hehe.. disebabkan kekangan masa, sbb tu lama x update blog... bila ada masa, mau ja update, tp idea nie x boleh kuar n ditaip..maknanya di sini kemalasan mengatasi kerajinan..hehe...tp kali nie, satu situasi yg begitu kuat utk sy kongsikan... bermulanya kisah... INFECTION???...

Tarikh 5 Mei 2012, seperti biasa sy membersihkan kontainer akuarium yg dihuni 2 ekor kura-kura yg sgt comel... oh ya, buat pengetahuan shbt2, sy dan ahli korporat rumah mempunyai 2 adik yg comel iaitu si kura-kura nickhun dan si kura-kura channie...hehehe.. tarikh 5 Mei 2012, igt agi pas wish bufday shbt baik sy iaitu Sue Wana @ Housemate, sy pun merajinkan diri utk membersihkan akuarium si kura-kura comel nie.. dah lama x bersihkan..semua nie disebabkan kesibukan yg teramat sgt.. sy dah perasan yg sejak kebelakangan nie, kura-kura dh x aktif mcm dulu..selalu sgt tidur... lepas tue sy lepaskan di lantai utk mereka buat sedikit excercise tp si kura-kura nickhun nie duduk diam ja... jadi sy pun bgtaw la shbt baik sy yg lg sorg nie, "lot, ko tgok kura-kura nie, dia xnk gerak...".. dan saat itu, kami perasan yg mata nickhun x bukak..mcm ada selaput yg menutup mata dia..kami pun cuba lah nak buka tp x berani..

mata nickhun xleh buka...nmpk kan?..

nmpk x gmbr kat atas tu?.. mata dia xleh buka kan... lepas ja kami perasan yg mata nickhun x leh buka, kami pun search google knp mata kura-kura x leh buka.. dan kami dpt tawu, kemungkinan kura-kura nie telah mengalami bengkak mata dan edema pada mata.. semua ini mgkn disebabkan infection yg menyebabkan mata kura-kura ditutupi selaput putih.. kami pun mencari solusi apa harus dibuat... search google lagi... rupa-rupanya kura-kura nie sng dpt infection kalau air x bersih, terlalu tggi klorin dlm air. mgkn nie terjadi sbb kami dh brp hari x tukar air smpi air dh jadi kotor..maafkan kami... ada satu blog nie gtaw, boleh letak antibiotik kat mata dia.. tp mana nak cari antibiotik utk kura2.. ada satu blog nie dia dah bawa g veterinar tp lps tue mati.. tyme tue sedih sgt sbb takut kura2  mati..sgt sedih... pastu ada satu blog nie gtaw tukar air setiap hari dan bagi jemur kat cahaya matahari sbb cahaya matahari nie boleh menguatkan cekerang kura2 dan bagi vitamin utk kura2... setelah membuat research, kami pun bercadang tuk menggunakan cara tukar air setiap hari dengan air suam dan menjemur kura2 di balkoni rumah.. oh ya, lupa nak gtaw.. si kura-kura channie xdpt infection... bila tgok nickhun kena infection, channie nmpk sedih... lagi-lagi bila kami pisahkan mereka dgn 2 bekas sbb takut channie pun kena infection...

Channie sedih lihat nickhun kat bekas lain... :(

mula2 perasan yg mata nickhun bengkak, dia lgsg xde respon..respon pun sikit ja...sgt2 pasif.. sy takot sgt..sy nak dia aktif.. sy pun mengambil keputusan utk mendengarkan nickhun zikir dari album zikir terapi diri Hafiz Hamidun.. subhanallah, ada respon wlupun x aktif sgt tp it much better than before... kami sama2 mendengar alunan zikir daripada Hafiz Hamidun.. alhamdulillah.. ada respon...

Nickhun dan saya sama2 dengar alunan zikir..

hari-hari seterusnya, kami kerap menukar air dan bila ja bangon dari tidur, kami cepat2 letak mereka di balkoni...

jemur mereka di balkoni bila hari siang.. :)

Lagi satu yg merisaukan diri ini, Nickhun x makan... dia xnk makan..sy takut dia kebuluran... jadi sy pun menyuapkan nickhun menggunakan syringe yg sy ambil dari makmal...shhhh... jgn gtaw sapa2 taw..hehe.. alhamdulillah, walaupun x byk mkn tp at least adalah sikit.. tapi kan..bbrp hari nie sy lupa nak suapkan nickhun.. sy just tabur makanan kat air ja.. maafkan saya sbb x sempat... tp satu sy perasan, makanan tue dah jadi cam serdak.. mcm di makan... dan hari nie, waktu sy nak tukar air utk kura-kura dan bersihkan kura-kura, bila sy masukkan nickhun dalam air, mata dia berkelip... pastu sy tgok mata dia dah buka!!!!. dah buka!!! dah buka!!!.. alhamdulillah...terharu sgt..wlupn masih ada sedikit selaput kat bawah, tp anak mata dia dah boleh nmpk..alhamdulillah ya Allah...alhamdulillah... dia dah leh makan sendiri.. .. alhamdulillah... 

mata nikchun dah boleh buka!!! nampk x?..hehe



dia dah boleh nmpk makanan.. :)

dia dah boleh makan sendiri... :)

alhamdulillah...nickhun dah boleh cari makanan... :)


and nickhun dah boleh nmpk kakak-kakak dia yg comel nie... :)

u can see me kan nickhun??... :)
"jgn sedih ye Channie... xlama lagi Nickhun akan pindah satu bekas bersama-sama Channie...tggu 2 hari lagi k Channie.. biar Nikchun betul-betul sembuh... " :)

pesanan sy utk sape2 yg ada bela kura-kura, tukar lah air setiap hari dan jemur lah mereka di bawah cahaya matahari tp jgn direct jemur bawah sun light taw.. jaga kebersihan akuarium kura-kura sbb kura-kura nie sng dpt infection... 

p/s: sabar itu separuh daripada iman.. alhamdulillah.. kura-kura dah sembuh..terima kasih ya Allah.. :)

Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH..

PlazaRah,
Jalan Raja Abdullah,
Kg Baru,
Kuala Lumpur.

Saturday, March 31, 2012

Seseorang ...

••►Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

••►Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.


Hidup Ini Indah Andak Kerana ALLAH...

PlazaRah,
Jalan Raja Abdullah,
Kg. Baru, Kuala Lumpur

Saturday, March 3, 2012

Kecil Hati....




Assalamualaikum..
~sekadar perkongsian bersama~

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo... Ook...

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.

P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."


copy@paste
Sahabat2 boleh save @ share sama2 kita cari saham akhirat InsyaAllah... :)
by: seindahcintaislam.blogspot.com

Maafkan aku shbt2ku andai pernah terkecil hati atas kata-kata dan teguranmu..Maafkan aku shbt2ku andai pernah mengecilkan hatimu melalui perbuatan dan kata-kataku...
Ya Allah, ampunilah aku...

p/s: i will be positive and positive and positive..insyaAllah, saya akan memperbaiki diri saya ke arah yg lebih baik...terima kasih ya Allah kerana mengingatkan ku...alhamdulillah...^_^

Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH

PlazaRah,
Jalan Raja Abdullah,
Kampung Baru
Kuala Lumpur.

Sunday, January 15, 2012

Apabila Rasa Diri Tidak Disayangi...

Assalammualaikum w.b.t sahabatku,

skrg nie musim exam..lagi 2 paper lagi nk abis exam..1 exam lab diagnostic intergarif n 1 lagi exam teori immunologi... saat kebelakangan ni@bulan lepas, xtaw la napa asyik rasa depressed ja..adakah mgkn sbb exam?..adakah mgkn sbb keadaan sekeliling?..rasa diri x dihargai??..setiap saat saya pastikan diri saya kuat..tp kdg2 tetap rasa lemah...namun begitu, saya x akan biarkan saya diri saya lemah sbb sy tawu Allah sentiasa ada bersama saya... sambil2 tu juga, saya ada google mcmn nk menangani apabila rasa diri tidak dihargai..



Apabila seseorang itu membuat kebaikan atau pun sebarang pekerjaan, adalah normal kalau dirinya terasa berguna apabila dihargai. Lagi-lagi kalau pekerjaan yang dilakukan itu dengan sungguh-sungguh, disambut pula dengan penghargaan yang baik, maka akan berbungalah hatinya. Itu biasa, bahkan akan mendorong dirinya untuk buat yang lagi terbaik pada masa hadapan.
Tetapi, manusia akan rasa sedikit ‘turun’ apabila usaha yang dilakukan dengan sedaya upaya itu tidak dihargai bahkan diperkecil-kecilkan. Itu juga adalah biasa bagi makhluk yang bernama manusia. Malah kadang-kadang akan membuatkan seseorang itu merasa tidak berguna dalam apa jua pekerjaan yang dilakukannya.
Kalau tidak mahu terluka, jangan mengharap lebih-lebih. Senyum.
Jangan Merasa Hairan Tidak Mendapat Penghargaan
Apabila anda buat sesuatu kebaikan, anda buat pekerjaan dan menolong orang lain dengan sedaya upaya. Dengan harapan, moga dengan apa yang telah anda usahakan, orang lain itu akan lebih baik keadaannya. Tetapi, sebaliknya pula berlaku. Orang yang anda tolong itu sudah dalam keadaan yang baik, namun anda pula disisihkan jauh-jauh seperti orang yang tidak dikenali. Tidak cukup dengan itu, ada pula yang akan memusuhi anda seolah-olah anda itu pernah membunuh ahli keluarganya. Maka, janganlah merasa hairan dan sedih.
Sifat manusia memang pelupa dan suka melupakan sesuatu.
Apabila dibelek-belek kembali lembaran sejarah dan kejadian yang berlaku dimuka bumi ini, banyak sejarah mencatatkan perkara seperti ini. Sebagai contoh, ibu bapa yang penyayang dan telah mengasuh anak-anaknya dengan penuh kasih dan sayang. Memberikan pendidikan dan menempatkan di sekolah yang baik. Akhirnya, apabila si anak itu tadi berjaya, lupus segala jasa kedua orang tua dalam dirinya.
Jelik sungguh sifat sebegini.
Anda rasa, apa perasaan kedua ibu bapa itu tadi? Sedih dan kecewa, sudah tentu.
Kisah lain, seorang guru sedaya upaya membimbing anak didiknya menjadi seorang yang berguna. Hampir pada setiap masa memikirkan anak muridnya dan setiap kali sujud terakhir, ada doa diselitkan untuk anak didiknya. Tetapi, esok-esok telah berjaya, maka anak murid itu tadi akan melupakan sang guru serta menghinanya pula.
Dan, janganlah hairan sekiranya seorang sahabat sanggup bersusah payah demi sahabatnya yang lain, tetapi akhirnya, sahabat yang dibantu itu akan memulaukan anda malah mencaci anda pula. Ditambah lagi, anda pula difitnah dengan bermacam-macam fitnah yang satu pun anda tidak buat.
Kecewa? Memang ada.
Saya sendiri, pernah juga terasa seperti ini. Setelah apa yang saya telah buat, akibatnya, saya sendiri diserang dan diburukkan dari belakang.
MashaAllah. Hebat sungguh manusia dalam bab tidak menghargai.
Saya diam sambil memerhati keadaan sekeliling. Kenapa patut ada rasa kecewa? Sedangkan pada mula-mulanya, sudah memasang niat untuk buat sesuatu itu kerana ALLAh. Maka, penghargaan dari ALLAh itulah yang perlu dipandang dengan lebih.
Kenapa?
Penghargaan dari manusia bermusim. Sedangkan penghargaan dari ALLAh itu sentiasa ada, hatta untuk penzina sekalipun. Begitu juga seperti kasih sayang diantara manusia, ada pasang surutnya, sedangkan, kasih sayang ALLAh itu sentiasa pasang bagi orang-orang yang dalam hatinya masih ada perasaan kasih.
Makanya, apabila berhadapan dengan manusia macam ini. Rawatan awal yang anda boleh buat, adalah dengan, SENYUM.
Ya, Senyum.
Mari, Pujuk Hati
Ya, saya tahu. Banyak benda boleh melukakan hati manusia. Dan ini adalah salah satunya. Maka, adalah tidak berguna bila anda bersedih dengan perangai manusia yang mahir dalam bab tidak tahu menghargai.
Biarkan ia berlalu bagaikan angin.
Sebenarnya kan, anda tidak perlu pun merasa sedih apabila anda tidak dihargai. Sebab apa? Sebab disisi ALLAh sebenarnya, anda sudah mendapat penghargaan yang lebih besar sekiranya anda memang ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan kerana ALLAh SWT.
Apa yang penting bagi anda adalah, jangan kerana orang-orang yang tidak tahu menghargai segala usaha anda, maka anda pula akan berhenti memberi kebaikan kepada orang lain. Eh, jangan begitu.
Masih ingatkah kepada sirah dakwah Nabi SAW? Baginda SAW melakukan segala usaha untuk membawa manusia pada zaman itu untuk kembali pada akidah yang benar. Semua yang dilakukan oleh Baginda SAW adalah kerana sifatnya yang kasih pada umatnya. Tetapi, Baginda SAW juga mendapat tentangan, diasingkan, tidak dihargai malah diburu untuk dibunuh oleh musuh-musuh agama.
Anda ingin dapat ketenangan dalam setiap pekerjaan? Maka, fikirkan ALLAH!
Mari kita cuba. Kita mencuba untuk melakukan segala apa yang kita hendak lakukan dimulai dengan niat, melakukan kerana ALLAh SWT. Dengan itu, anda akan merasa tenang hatta ada orang yang dengki dengan segala perbuatan anda. Sebab apa? Sebab, anda dilindungi oleh ALLAh dari perasaan yang resah akibat gangguan dari orang lain. InshaAllah.
Anda pernah mendengar kata-kata seperti, “tangan yang berada di atas, lebih baik dari tangan yang berada di bawah”, “tangan yang memberi, lebih baik dari tangan yang menerima”. Saya pasti dengan ayat-ayat ini.
Orang yang memberikan atau melakukan sesuatu kerana ALLAh, dan kerana perikemanusiaan, pasti akan merasa tenang. Kerana, keberkatakan daripada perbuatan sangat cepat dirasai apabila manusia mendidik hati untuk lebih ikhlas dan tidak mengharapkan pujian orang semata-mata.
Andainya suatu hari nanti, anda memberikan sebuah kereta kepada seseorang. Maka tidak mustahil sekiranya orang itu akan melanggar anda menggunakan dengan kereta yang anda berikan sehingga anda lumpuh.
Anda bersedih? Anda akan rugi.
Anda senyum, maka anda akan bahagia.
Manusia itu, harus juga bijaksana dalam buat kebaikan. Wallahu’alam.
Untuk diri saya sendiri terutamanya.
Semoga ALLAh merahmati.

p/s: Sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari pelbagai masalah hidup. Tidak mengapa merasa derita atau kecewa kerana ia akan memberi pengajaran dalam hidup kita bahawa tidak ada tempat yang dapat mengubat segala penderitaan ini melainkan kepada Allah segala penawarnya.

Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH

PlazaRah
Jalan Raja Abdullah
Kg Baru
Kuala Lumpur

Sunday, January 8, 2012

All The Best For Final Exam..


Tarikh-tarikh Final Exam for Biomedical Science UKM Kampus KL 3rd Year.
11hb Jan 2012: Hematologi dan Transfusi
12hb Jan 2012: Biostatistik
13hb Jan 2012: Ospe Hematologi (Lab)
16hb Jan 2012: Ospe Intergrartif Diagnostik (Lab)
17hb Jan 2012: Immunologi

Itulah tarikh-tarikh keramat bagi pljr sains bioperubatan tahun 3 ukm kampus kl...huhu... Doakan supaya dapat menjawab exam dgn tenang dan lancar k... Saya ingin minta maaf kepada lecturers, shbt-shbt dan juga sesiapa shj sekiranya sy ada terkasar bahasa dan tersilap perbuatan yg mengguris hati kalian..maaf kan saya.. All the best shbt2 ku.. InsyaAllah, Bittaufiq wannajah... doakan kejayaan bersama...(^_^) Good Luck...


p/s: cepatla abes exam..mo balik rumah..hehe

Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH...

PlazaRah
Jln Raja Abdullah
Kg Baru, 
Kuala Lumpur


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik kan3x!!!! Klik La...Klik La....hehehe