Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, January 11, 2011

...LUMRAH MANUSIA...

Bismillahirrahnirrahim,
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera shbt ku,
      
             Dh bbrp ari x update blog..huhu..ana selsema skrg nie..shbt2 pn rmi je yg demam...family pn mcm tu gak...mgkn sbb musim hujan kn..maklumlah sejak kebelakangn nie asyik sejuk je...ujan je...Alhamdulillah, itu satu rahmat Allah...merasa jugak kita musim sejukkan wlupn xde salji...huhu..Sakit?...mmg rmi yg sakit dan ana doakan semoga shbt2 serta family ana cepat sembuh.... (^_^)...

           Kali nie ana nk kongsi satu artikel yg bertajuk LUMRAH HIDUP.... moga artikel ini memberi manfaat serta kesedaran kepada kita utk meningkatkan iman kita..

           Setiap yang bernama manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan. Tidak kiralah seseorang itu tinggi ilmunya, besar jawatannya, mantap personalitinya, namun ia pasti akan melakukan kesalahan. Sudah menjadi sunatullah, manusia akan menjadi hebat apabila belajar dari kesilapan.

         Hatta, biarpun manusia itu bernama Muhammad bin Abdullah, dia tetap tidak lepas daripada melalui norma sebagai manusia biasa. Sedangkan nabi yang begitu mulia pun begitu, mengapa pula masih ada segelintir manusia yang masih berlagak sombong dan megah dengan apa yang ada pada dirinya.

         Di dalam badan manusia terdapat satu organ yang dinamakan hati. Hati ini merupakan nadi utama dalam proses kehidupan manusia. Nyawa keimanan terletak di hati manakala nyawa jasad terletak di jantung. Sebab itu, kerap kita dengar ayat 'menusuk ke kalbu' yang beerti menusuk jauh ke dalam qalbi iaitu hati.

       Maka disebabkan itulah apabila kita fikir dan kaji, mengapa kita disunnahkan membaca ayat suci al-quran kepada orang yang nazak, yang sedang sakit dan yang telah meninggal dunia? Adakah untuk menjadi 'peransang' terhadap jantung supaya boleh berdegup? Adakah jantung akan memberi respon begitu?

        Jawapannya adalah 'hati'. Hati boleh mendengar ayat al-Quran itu. Walau secara zahir tampak ia agak tidak logik, namun tidak ada siapa yang boleh menyangkal akan hikmah di sebalik perkara ini.

         Perkara ini dibuktikan lagi dengan peristiwa Umar al-Kattab memeluk Islam tatkala 'hati'nya mendengar alunan kesucian Islam walaupun telah sedia maklum jasadnya merupakan seorang yang bengis, ganas dan tidak berperikemanusiaan. Umar menangis apabila mendengar bacaan ayat al-quran yang dialunkan oleh adiknya Fatimah.

        Tiada siapa mahu melakukan kesalahan. Namun, tidak ada seorang pun yang boleh lepas dari melakukan kesilapan. Kadangkala, apa yang kita bicarakan itu sudah terbaik, namun pandangan orang lain, ia jelik dan dibenci orang. Maka kita sebagai seorang manusia sentiasa berisiko dalam setiap masa dan ketika.

         Dalam hal ini, marilah kita minta sesuatu yang dapat pandu kita. Yang dapat memimpin kita menghadapi semua karenah kehidupan. Siapa pemandu itu jika tidak lain tidak bukan agama Islam yang mana Allah sebagai pemimpin paling tinggi. Dan panduan itu dapat kita baca melalui manual cara hidup di dunia melalu Buku Panduan yang diberi nama Al-Quran.

          Semua ciptaan disertakan dengan manual penggunaan. Kita beli barang elektrik sebagai contoh. Walau kononnya kita tahu mengendalikan barangan itu, buku panduan penggunaannya tetap diberi bersama di dalam satu pakej.

          Begitu juga kelahiran kita di dunia ini. Kita lahir ke dunia dengan pakej lengkap sebagai produk terbaik ciptaan Allah bersama manual-manual cara hidup yang telah disediakan. Maka dalam mengendalikan hidup kIta ini, ikutlah panduan yang telah Allah gariskan.


p/s: bersabarlah wahai hati selagi mampu untuk kau bersabar.. jadikanlah Al-Quran itu sebagai buku panduan mu untuk menjalani kehidupan d muka bumi Allah ini.. Allah telah menurunkan Al-Quran utk kita menjadi seorang hamba Allah yang taat kepad-Nya... Maka dalam mengendalikan hidup kita ini, ikutlah panduan yang telah Allah gariskan...

"Ya Allah, kurniakanlah shbt2ku serta diriku kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan dan cabaran..Kurniakanlah kami kesabaran yang tinggi serta rapatkanlah ukhuwah persahabatan kami d dunia dan d akhirat"..


Andai ada kesilapan yang sengaja mahupn tidak sengaja daripada diri ini kepada shbt2ku, maafkanlah aku....tegurlah aku agar aku menjadi seorang yang lebih baik.. Hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini... Ukhuwwah fillah abadan abada... (^_^)


Muhasabahlah wahai diriku....

Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH...

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur

Friday, January 7, 2011

Kuatkah Kamu???.....


Bismilahirrahmanirrahim...

            Saat nie aku rasa ntah kenapa semakin lemah...kadang2 aku rasa nak lari dari semua ini...aku rasa aku x boleh buat semua nie....saat keseorangan, saat bersama shbt, sering terlintas di fikiranku "boleh ka aku buat semua nie??"...

            Alhamdulillah, aku bersyukur, kerna masih ada iman didalam dadaku...aku mesti meneruskan semua ini..aku perlu kuat...krn kalo aku berhenti di sini, pasti ramai yg akan berasa hampa dan kecewa terhadapku...terutamanya keluargaku..maklumlah aku kn anak sulung, anak yg pertama yg akan menghadiahkan ibubapa ku segulung ijazah....tapi igt whi shbt2ku, ibubapa bukan mahu segulung ijazah semata2, namun mereka cuma mahu melihat anak-anak mereka bahagia dan dapat menjalani kehidupan dgn sebaiknya apabila mereka tidak ada nanti... walau kita tidak nampak kebahagiaannya skrg, namun ibu bapa dh nmpk kebahagiaan kita utk masa akn dtg, sbb tu ibu bapa kita memilih yang terbaik untuk kita...namun kita hanya merancang, Allah yg akan menentukan... Allah tahu apa yg terbaik untuk hamba-Nya.... 

           Oleh itu, kita perlu kuat, tabah dan sentiasa berfikiran positif...berasa sedih itu sudah lumrah manusia, namun apabila kita bersedih, muhasabah lah diri kita...MERINTIHLAH, MENGADULAH kepada ALLAH Yang Maha Mendengar dan Maha Penyayang....Sentiasalah berdoa kepada ALLAH agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi apa jua ujian dan rintangan hidup.....Bertaqwa la kepada ALLAH....


Rintihan

Album : Rindu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Biar berlinangan airmata 
Ku takkan hentikannya 
Biarkan ia menyembuh luka 
Hilanglah rasa duka 

Tidak ku termampu merentasi liku-liku 
Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu 
Oh sungguh ku tak upaya 

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan 
Bisa meleraikan iman 
Kan hancur semuanya 

Walau menitis airmata darah 
Tak bisa merubah segalanya 
Melainkan taubat nasuha 
Moga kan diterima 

Namun ku percaya 
Masih ada kesudahannya 
Kerana Allah itu 
Maha kaya Maha Mendengar 
Rintihan hamba-hambanya 

Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya 
Pasti akan ada 
Jalan keluarnya 

Rezeki yang tidak disangka-sangka 
Cukup Allah baginya 
Berkuasa segala-galanya 
Terima seadanya


p/s: Aku mesti kuat!!! Aku mesti tabah!! Aku yakin aku boleh!!! ... SHbt2ku juga begitu kan??...Kita pasti boleh sbb Allah sentiasa berada disamping kita... WE ARE NOT ALONE....

Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik kan3x!!!! Klik La...Klik La....hehehe