Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, January 11, 2011

...LUMRAH MANUSIA...

Bismillahirrahnirrahim,
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera shbt ku,
      
             Dh bbrp ari x update blog..huhu..ana selsema skrg nie..shbt2 pn rmi je yg demam...family pn mcm tu gak...mgkn sbb musim hujan kn..maklumlah sejak kebelakangn nie asyik sejuk je...ujan je...Alhamdulillah, itu satu rahmat Allah...merasa jugak kita musim sejukkan wlupn xde salji...huhu..Sakit?...mmg rmi yg sakit dan ana doakan semoga shbt2 serta family ana cepat sembuh.... (^_^)...

           Kali nie ana nk kongsi satu artikel yg bertajuk LUMRAH HIDUP.... moga artikel ini memberi manfaat serta kesedaran kepada kita utk meningkatkan iman kita..

           Setiap yang bernama manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan. Tidak kiralah seseorang itu tinggi ilmunya, besar jawatannya, mantap personalitinya, namun ia pasti akan melakukan kesalahan. Sudah menjadi sunatullah, manusia akan menjadi hebat apabila belajar dari kesilapan.

         Hatta, biarpun manusia itu bernama Muhammad bin Abdullah, dia tetap tidak lepas daripada melalui norma sebagai manusia biasa. Sedangkan nabi yang begitu mulia pun begitu, mengapa pula masih ada segelintir manusia yang masih berlagak sombong dan megah dengan apa yang ada pada dirinya.

         Di dalam badan manusia terdapat satu organ yang dinamakan hati. Hati ini merupakan nadi utama dalam proses kehidupan manusia. Nyawa keimanan terletak di hati manakala nyawa jasad terletak di jantung. Sebab itu, kerap kita dengar ayat 'menusuk ke kalbu' yang beerti menusuk jauh ke dalam qalbi iaitu hati.

       Maka disebabkan itulah apabila kita fikir dan kaji, mengapa kita disunnahkan membaca ayat suci al-quran kepada orang yang nazak, yang sedang sakit dan yang telah meninggal dunia? Adakah untuk menjadi 'peransang' terhadap jantung supaya boleh berdegup? Adakah jantung akan memberi respon begitu?

        Jawapannya adalah 'hati'. Hati boleh mendengar ayat al-Quran itu. Walau secara zahir tampak ia agak tidak logik, namun tidak ada siapa yang boleh menyangkal akan hikmah di sebalik perkara ini.

         Perkara ini dibuktikan lagi dengan peristiwa Umar al-Kattab memeluk Islam tatkala 'hati'nya mendengar alunan kesucian Islam walaupun telah sedia maklum jasadnya merupakan seorang yang bengis, ganas dan tidak berperikemanusiaan. Umar menangis apabila mendengar bacaan ayat al-quran yang dialunkan oleh adiknya Fatimah.

        Tiada siapa mahu melakukan kesalahan. Namun, tidak ada seorang pun yang boleh lepas dari melakukan kesilapan. Kadangkala, apa yang kita bicarakan itu sudah terbaik, namun pandangan orang lain, ia jelik dan dibenci orang. Maka kita sebagai seorang manusia sentiasa berisiko dalam setiap masa dan ketika.

         Dalam hal ini, marilah kita minta sesuatu yang dapat pandu kita. Yang dapat memimpin kita menghadapi semua karenah kehidupan. Siapa pemandu itu jika tidak lain tidak bukan agama Islam yang mana Allah sebagai pemimpin paling tinggi. Dan panduan itu dapat kita baca melalui manual cara hidup di dunia melalu Buku Panduan yang diberi nama Al-Quran.

          Semua ciptaan disertakan dengan manual penggunaan. Kita beli barang elektrik sebagai contoh. Walau kononnya kita tahu mengendalikan barangan itu, buku panduan penggunaannya tetap diberi bersama di dalam satu pakej.

          Begitu juga kelahiran kita di dunia ini. Kita lahir ke dunia dengan pakej lengkap sebagai produk terbaik ciptaan Allah bersama manual-manual cara hidup yang telah disediakan. Maka dalam mengendalikan hidup kIta ini, ikutlah panduan yang telah Allah gariskan.


p/s: bersabarlah wahai hati selagi mampu untuk kau bersabar.. jadikanlah Al-Quran itu sebagai buku panduan mu untuk menjalani kehidupan d muka bumi Allah ini.. Allah telah menurunkan Al-Quran utk kita menjadi seorang hamba Allah yang taat kepad-Nya... Maka dalam mengendalikan hidup kita ini, ikutlah panduan yang telah Allah gariskan...

"Ya Allah, kurniakanlah shbt2ku serta diriku kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan dan cabaran..Kurniakanlah kami kesabaran yang tinggi serta rapatkanlah ukhuwah persahabatan kami d dunia dan d akhirat"..


Andai ada kesilapan yang sengaja mahupn tidak sengaja daripada diri ini kepada shbt2ku, maafkanlah aku....tegurlah aku agar aku menjadi seorang yang lebih baik.. Hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini... Ukhuwwah fillah abadan abada... (^_^)


Muhasabahlah wahai diriku....

Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH...

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur

2 comments:

sakura_tuanct said...

Ukhuwwah fillah abadan abada

From Me to WE said...

salam ziarah..SubhaanAllah. Nice blog..Keep it up! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik kan3x!!!! Klik La...Klik La....hehehe