Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Saturday, March 31, 2012

Seseorang ...

••►Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

••►Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.


Hidup Ini Indah Andak Kerana ALLAH...

PlazaRah,
Jalan Raja Abdullah,
Kg. Baru, Kuala Lumpur

4 comments:

bila blog bercerita said...

hurmmmm.....sayelah seseorang itu...

Ihsan Arifin said...

tukarlah payung yang kale macam pelangi tu.
baru colourful :)

Tie HT said...

salam,

nak mintak izin share kata2 ni boleh ?
then jemput join GA di blog akak, kalau sudi :)

Rabiatul Adawiyah Binti Ag. Binting said...

BBB - (^_^)

Ihsan Arifin - mmg nak gne payung warna warni tue tp xde payung tue..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik kan3x!!!! Klik La...Klik La....hehehe