Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, March 2, 2011

Sometimes.. when u want to motivate urself..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera shbt2ku,


Kadang-kadang kita rasa tak dihargai, kadang-kadang rasa seperti tidak ada seorang pun memberi sokongan pada kita dan kadang-kadang disekelilingi kita tidak ada orang yang memberi kita semangat. Jadi apa yg perlu kita buat adlh cari jalan. 

Kalau kita rasa kita tidak dihargai, cari jalan utk menhargai diri sendiri.. mmg sedih bila tidak ada yg menghargai kita tpi igt bahawa penghargaan dari Allah lagi penting.. Percaya dan yakin bahawa Allah sentiasa menghargai kita.. Allah sentiasa berada di sisi kita.. Allah sentiasa mendengar segala keluhan dan masalah yg membeban hati kita.. Mohonlah keredhaan Allah krn 
HIDUP INI INDAH ANDAI KERANA ALLAH...

Kalau kita rasa seperti tidak ada seorang pun memberi sokongan pada kita dan kadang-kadang disekeliling kita tidak ada orang yang memberi kita semangat. Jadi kita perlu cari jalan lain utk memberi semangat pada diri kita seperti membaca kisah-kisah orang yang hebat dan kisah-kisah hebat ini byk terdapat dalam Al-Quran seperti surah Yusuf dan byk lagi.. Nabi Muhammad S.A.W juga manusia seperti kita yang mempunyai perasaan. Tika Rasulullah berasa sedih, Allah telah menurunkan ayat-ayat Al-Quran tentang kisah-kisah orang yang hebat cthnya Surah Al-Kahfi yang byk memberi semangat kepada Rasulullah..Igt lah dan jadikan la Rasulullah sbgi idola kita dlm menempuhi kehidupan d dunia ini kerana Rasulullah sentiasa membuat sesuatu perkara adalah kerana Allah kerana 
HIDUP INI INDAH ANDAI KERANA ALLAH...

Hargailah apa yang telah ada..jangan bila dah kehilangan baru mahu menghargainya.. Jangan lah kerana ternampak lembu di hujung padang, maka ayam d tangan kamu lepaskan....

Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya,
Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah,
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya,
Namun, hakikat perjuangan bukan begitu,.
Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga..
Andai rebah, bangkitlah semula..
Andai terluka, ingatlah janjiNya..
Perjuangan itu pahit kerana SYURGA Allah itu terlalu manis..

HIDUP INI INDAH ANDAI KERANA ALLAH

p/s: maafkan aku wahai shbt2ku andai ada terkasar bahasa dan tersilap laku terhadap sahabat2 sama ada secara sengaja ataupn tidak..tegurlah aku agar aku boleh memperbaiki diri ku ke arah yang lebih baik. Maafkan aku.....



Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
53200 Kuala Lumpur

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik kan3x!!!! Klik La...Klik La....hehehe