Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Thursday, April 22, 2010

Bersyukur lah kepada Allah.. I'm proud to be MUSLIM...



            Salam...ari nie Alhamdulillah diberikn kesempatan oleh ALLAH tuk meneruskn lagi penulisan blog ini...kali ini sy nk berckp rasa syukur kita terhadap ALLAH... Nikmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia khususnya kepada Muslim boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:

§ Nikmat untuk kelangsungan hidup di dunia seperti makanan, minuman pandangan, kekayaan, keamanan, kesihatan, umur dan nikmat berkasih sayang. Semua yg ada pd kita skrg ini adalah nikmat yg ALLAH kurniakan.
 
§ Nikmat yang paling mahal dan tinggi nilainya nikmat iman dan Islam kerana ia bukan setakat untuk di dunia tetapi berterusan sampai ke hari akhirat. Bersyukur lah kerana kita dilahirkan sebagai seorang muslim@muslimah...bukan pada nama sahaja Islam tetapi amalkn lah apa yg sepatutnya yg perlu seorang muslim@muslimah lakukan sebagai seorang Islam..

            whi shbt2, nikmat yg ALLAH berikan kepada kita terlalu byk sehingga kita x dpt nk hitung... dan ALLAH telah telah berfirman bahawa orang yg benar2 bersyukur kpd-Nya amat sikit....
Allah berfirman, bahawa amat sedikit manusia yang bersyukur. Ya ALLAH, semoga aku termasuk di dlm golongan yg bersyukur terhdp nikmat yg tlh ENGKAU kurniakn....

           Allah menghuraikan mengenai banyaknya nikmat kurniaan Allah kepada manusia yang pasti tidak mampu dihitung. Firman Allah yang bermaksud: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. An-Nahl: 18)

          Allah meminta supaya manusia yang banyak menerima nikmat dan kurniaan Allah supaya bersyukur, seperti firman-Nya yang bermaksud: "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." (QS. An-Nahl:78)

           Dalam ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: "Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur." (QS. al-Baqarah: 185). Banyak lagi ayat al-Quran yang diakhiri dengan kalimah yang bermakna, "agar kamu bersyukur." Beberapa firman Allah (sekadar beberapa ayat) dalam al-Quran menyatakan bahawa kebanyakan manusia tidak bersyukur atau sedikit sekali yang berterima kasih kepada Allah, seperti firman-Nya bermaksud: 'Dan sedikit sekali daripada hamba-Ku yang tahu berterima kasih (bersyukur)." (QS. Sabda': 13)

            Dalam soal jawab Iblis dengan Allah, Iblis berkata, "Kemudian aku datang (memperdayakan) mereka dari muka, belakang, kanan dan kiri mereka. Dan tidaklah Engkau (Tuhan) akan mendapati kebanyakan daripada mereka tahu berterima kasih." (QS. al-A'raaf: 17). Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (QS. al-Baqarah: 243)

            Sewajarnya umat Islam menaruh perasaan bimbang dengan penjelasan Allah seperti dalam beberapa ayat berkenaan, iaitu apakah mereka daripada kalangan orang yang bersyukur. Bersyukurlah...Bersyukurlah...Bersyukurlah wahai saudara2 ku.. Bersyukurlah....Bersyukurlah kepada ALLAH...


proud to be muslim...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik kan3x!!!! Klik La...Klik La....hehehe