Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday, January 15, 2012

Apabila Rasa Diri Tidak Disayangi...

Assalammualaikum w.b.t sahabatku,

skrg nie musim exam..lagi 2 paper lagi nk abis exam..1 exam lab diagnostic intergarif n 1 lagi exam teori immunologi... saat kebelakangan ni@bulan lepas, xtaw la napa asyik rasa depressed ja..adakah mgkn sbb exam?..adakah mgkn sbb keadaan sekeliling?..rasa diri x dihargai??..setiap saat saya pastikan diri saya kuat..tp kdg2 tetap rasa lemah...namun begitu, saya x akan biarkan saya diri saya lemah sbb sy tawu Allah sentiasa ada bersama saya... sambil2 tu juga, saya ada google mcmn nk menangani apabila rasa diri tidak dihargai..



Apabila seseorang itu membuat kebaikan atau pun sebarang pekerjaan, adalah normal kalau dirinya terasa berguna apabila dihargai. Lagi-lagi kalau pekerjaan yang dilakukan itu dengan sungguh-sungguh, disambut pula dengan penghargaan yang baik, maka akan berbungalah hatinya. Itu biasa, bahkan akan mendorong dirinya untuk buat yang lagi terbaik pada masa hadapan.
Tetapi, manusia akan rasa sedikit ‘turun’ apabila usaha yang dilakukan dengan sedaya upaya itu tidak dihargai bahkan diperkecil-kecilkan. Itu juga adalah biasa bagi makhluk yang bernama manusia. Malah kadang-kadang akan membuatkan seseorang itu merasa tidak berguna dalam apa jua pekerjaan yang dilakukannya.
Kalau tidak mahu terluka, jangan mengharap lebih-lebih. Senyum.
Jangan Merasa Hairan Tidak Mendapat Penghargaan
Apabila anda buat sesuatu kebaikan, anda buat pekerjaan dan menolong orang lain dengan sedaya upaya. Dengan harapan, moga dengan apa yang telah anda usahakan, orang lain itu akan lebih baik keadaannya. Tetapi, sebaliknya pula berlaku. Orang yang anda tolong itu sudah dalam keadaan yang baik, namun anda pula disisihkan jauh-jauh seperti orang yang tidak dikenali. Tidak cukup dengan itu, ada pula yang akan memusuhi anda seolah-olah anda itu pernah membunuh ahli keluarganya. Maka, janganlah merasa hairan dan sedih.
Sifat manusia memang pelupa dan suka melupakan sesuatu.
Apabila dibelek-belek kembali lembaran sejarah dan kejadian yang berlaku dimuka bumi ini, banyak sejarah mencatatkan perkara seperti ini. Sebagai contoh, ibu bapa yang penyayang dan telah mengasuh anak-anaknya dengan penuh kasih dan sayang. Memberikan pendidikan dan menempatkan di sekolah yang baik. Akhirnya, apabila si anak itu tadi berjaya, lupus segala jasa kedua orang tua dalam dirinya.
Jelik sungguh sifat sebegini.
Anda rasa, apa perasaan kedua ibu bapa itu tadi? Sedih dan kecewa, sudah tentu.
Kisah lain, seorang guru sedaya upaya membimbing anak didiknya menjadi seorang yang berguna. Hampir pada setiap masa memikirkan anak muridnya dan setiap kali sujud terakhir, ada doa diselitkan untuk anak didiknya. Tetapi, esok-esok telah berjaya, maka anak murid itu tadi akan melupakan sang guru serta menghinanya pula.
Dan, janganlah hairan sekiranya seorang sahabat sanggup bersusah payah demi sahabatnya yang lain, tetapi akhirnya, sahabat yang dibantu itu akan memulaukan anda malah mencaci anda pula. Ditambah lagi, anda pula difitnah dengan bermacam-macam fitnah yang satu pun anda tidak buat.
Kecewa? Memang ada.
Saya sendiri, pernah juga terasa seperti ini. Setelah apa yang saya telah buat, akibatnya, saya sendiri diserang dan diburukkan dari belakang.
MashaAllah. Hebat sungguh manusia dalam bab tidak menghargai.
Saya diam sambil memerhati keadaan sekeliling. Kenapa patut ada rasa kecewa? Sedangkan pada mula-mulanya, sudah memasang niat untuk buat sesuatu itu kerana ALLAh. Maka, penghargaan dari ALLAh itulah yang perlu dipandang dengan lebih.
Kenapa?
Penghargaan dari manusia bermusim. Sedangkan penghargaan dari ALLAh itu sentiasa ada, hatta untuk penzina sekalipun. Begitu juga seperti kasih sayang diantara manusia, ada pasang surutnya, sedangkan, kasih sayang ALLAh itu sentiasa pasang bagi orang-orang yang dalam hatinya masih ada perasaan kasih.
Makanya, apabila berhadapan dengan manusia macam ini. Rawatan awal yang anda boleh buat, adalah dengan, SENYUM.
Ya, Senyum.
Mari, Pujuk Hati
Ya, saya tahu. Banyak benda boleh melukakan hati manusia. Dan ini adalah salah satunya. Maka, adalah tidak berguna bila anda bersedih dengan perangai manusia yang mahir dalam bab tidak tahu menghargai.
Biarkan ia berlalu bagaikan angin.
Sebenarnya kan, anda tidak perlu pun merasa sedih apabila anda tidak dihargai. Sebab apa? Sebab disisi ALLAh sebenarnya, anda sudah mendapat penghargaan yang lebih besar sekiranya anda memang ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan kerana ALLAh SWT.
Apa yang penting bagi anda adalah, jangan kerana orang-orang yang tidak tahu menghargai segala usaha anda, maka anda pula akan berhenti memberi kebaikan kepada orang lain. Eh, jangan begitu.
Masih ingatkah kepada sirah dakwah Nabi SAW? Baginda SAW melakukan segala usaha untuk membawa manusia pada zaman itu untuk kembali pada akidah yang benar. Semua yang dilakukan oleh Baginda SAW adalah kerana sifatnya yang kasih pada umatnya. Tetapi, Baginda SAW juga mendapat tentangan, diasingkan, tidak dihargai malah diburu untuk dibunuh oleh musuh-musuh agama.
Anda ingin dapat ketenangan dalam setiap pekerjaan? Maka, fikirkan ALLAH!
Mari kita cuba. Kita mencuba untuk melakukan segala apa yang kita hendak lakukan dimulai dengan niat, melakukan kerana ALLAh SWT. Dengan itu, anda akan merasa tenang hatta ada orang yang dengki dengan segala perbuatan anda. Sebab apa? Sebab, anda dilindungi oleh ALLAh dari perasaan yang resah akibat gangguan dari orang lain. InshaAllah.
Anda pernah mendengar kata-kata seperti, “tangan yang berada di atas, lebih baik dari tangan yang berada di bawah”, “tangan yang memberi, lebih baik dari tangan yang menerima”. Saya pasti dengan ayat-ayat ini.
Orang yang memberikan atau melakukan sesuatu kerana ALLAh, dan kerana perikemanusiaan, pasti akan merasa tenang. Kerana, keberkatakan daripada perbuatan sangat cepat dirasai apabila manusia mendidik hati untuk lebih ikhlas dan tidak mengharapkan pujian orang semata-mata.
Andainya suatu hari nanti, anda memberikan sebuah kereta kepada seseorang. Maka tidak mustahil sekiranya orang itu akan melanggar anda menggunakan dengan kereta yang anda berikan sehingga anda lumpuh.
Anda bersedih? Anda akan rugi.
Anda senyum, maka anda akan bahagia.
Manusia itu, harus juga bijaksana dalam buat kebaikan. Wallahu’alam.
Untuk diri saya sendiri terutamanya.
Semoga ALLAh merahmati.

p/s: Sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari pelbagai masalah hidup. Tidak mengapa merasa derita atau kecewa kerana ia akan memberi pengajaran dalam hidup kita bahawa tidak ada tempat yang dapat mengubat segala penderitaan ini melainkan kepada Allah segala penawarnya.

Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH

PlazaRah
Jalan Raja Abdullah
Kg Baru
Kuala Lumpur

Sunday, January 8, 2012

All The Best For Final Exam..


Tarikh-tarikh Final Exam for Biomedical Science UKM Kampus KL 3rd Year.
11hb Jan 2012: Hematologi dan Transfusi
12hb Jan 2012: Biostatistik
13hb Jan 2012: Ospe Hematologi (Lab)
16hb Jan 2012: Ospe Intergrartif Diagnostik (Lab)
17hb Jan 2012: Immunologi

Itulah tarikh-tarikh keramat bagi pljr sains bioperubatan tahun 3 ukm kampus kl...huhu... Doakan supaya dapat menjawab exam dgn tenang dan lancar k... Saya ingin minta maaf kepada lecturers, shbt-shbt dan juga sesiapa shj sekiranya sy ada terkasar bahasa dan tersilap perbuatan yg mengguris hati kalian..maaf kan saya.. All the best shbt2 ku.. InsyaAllah, Bittaufiq wannajah... doakan kejayaan bersama...(^_^) Good Luck...


p/s: cepatla abes exam..mo balik rumah..hehe

Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH...

PlazaRah
Jln Raja Abdullah
Kg Baru, 
Kuala Lumpur


Sunday, December 4, 2011

ohh.. PACAT!!!

Assalammualaikum w.b.t sahabat ku,

nak tawu x... tanggal 30 Nov 2011, saya masih lagi berada di Pusat Pengajian Luar UM, Ulu Gombak... hari tue juga la for the first tyme, saya kena pacat di kaki...huhuhu...biasalah banyak pacat kalo musim hujan... tyme masuk hutan x pula kena pacat..tp bila masuk makmal baru kena pacat... knp ada pacat dalam makmal??..maybe pacat-pacat tue telah tersangkut di baju or seluar dan tidak diperasan oleh kami-kami nie..huhu..maka byk la pacat berhijrah d makmal... 

mula-mula tue shbt saya rossa kena pacat..so kak kinah and saya tolong la dia buang pacat dan lap darah... masa tue terdetik nak cek kat kaki..tp mmg yakin pacat xde..tp saat naikkan seluar tiba ada benda bulat besar kat kaki...oppss....terkedu...terkesima suma ada...sebab first tyme...x takot tp xtaw nak buat apa..nak pggl org tp seolah2 xda suara yang keluar..mulut x leh nk cakap sbb tyme tue suma org tgh fokus tgok Dr Hida pinning nyamuk... saat drg nmpk pacat ada kat kaki saya, yg lain-lain pun bertindak pantas menyembur pacat dengan insect repellent..teros jatuh pacat yg gemuk dan mengalir lah darah dari kaki saya.. banyak juga la darah... Suhardi tolong tgkpkan pacat yang kekenyangan yang dah jatuh kat lantai...huhuhu..x sakit.. x rasa apa2 pun...hehehe...excited plak kena pacat...hehehe... nak tgok pacat tue???.. 

nie hah...gemuk kan????....

darah mmg x berenti2 la dari kul 11 pagi 30 Nov 2011 sampai la lepas maghrib 1 Dec 2011... lebih 24 jam juga la...huhu..nasib la pas maghrib tue darah dah berenti...huhuhu...excited kena pacat...hehehe...

p/s: at least pacat nie hisap darah kotor saya disamping dpt mendermakan darah buat pacat...ntah mna dah pacat tue skrg...huhuhu....

Hidup Ini Indah Kerana ALLAH...

Plaza Rah
Jalan Raja Abdullah
Kampung Baru
Kuala Lumpur 

Saturday, December 3, 2011

ohh..my display!!!

Assalammualaikum w.b.t sahabatku...

huwaaa~~ my display lappy sy rosak kat tgh2...ade garis2...nie suma sbb sy punya pasal la...terhimpit...T_T...
abis terbantut segala aktiviti edit gmbr, tgok movie..nasib assignment masih boleh buat..alhamdulillah..dah la tyme skrg nie byk sgt assignment...agaknya nak suruh saya study kot memandangkan final exam x lama lg...xpa la...tggu balik sabah nnt baru repair la...huhu

macam nie la lappy sy rosak...ade garis2 kat tgh2 tue..sob3x...

p/s: pasti ada hikmah di sebaliknya... *think positif*

Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH...

Plaza Rah
Jalan Raja Abdullah
Kampung Bharu
Kuala Lumpur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik kan3x!!!! Klik La...Klik La....hehehe