Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Friday, February 25, 2011

"Remaja Pada Zaman Nabi"

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera shbt2ku,

       Alhamdulillah, smlm masih lg d beri nikmat dan petunjuk utk menghadiri sebuah majlis ilmu yg d adakn sempena Bulan Penghayatan Islam 2011 (BPI) d ktsn. Alhamdulillah, masih lagi d beri nikmat utk menulis entry utk d sampaikan kpd shbt2.

       Majlis Perasmian BPI tlh diadakan sblm ceramah Maulidur Rasul. Ceramah Maulidur Rasul yg bertajuk "Remaja Pada Zaman Nabi" yg disampaikn oleh Al-Fadhil Ust Adlan Abd Aziz . Tajuk ceramah yg begitu menarik. Teringin utk mengetahui bagaimanakah cara kehidupan atau kebudayaan remaja pada zaman Nabi. Antara remaja2 pada zaman Nabi yg dpt kita contohi antaranya ialah sahabat-sahabat Rasulullah. 

        Untuk menjadi seperti Remaja pada zaman Nabi, Ust Adlan Abd Aziz telah menyatakan lebih kurang 7 aspek@ciri penting utk menjadi seperti remaja pada zaman Nabi.

Klik pada Gambar utk melihat dgn terang dan nyata...

1. Kawalan Nafsu

   Nafsu iaitu suatu keinginan terhadap sesuatu. Semua manusia mempunyai nafsu. Tanpa nafsu, kita     bukanlah manusia namun nafsu ini haruslah d kawal mengikut syariat yg telah d tetapkan. Nafsu nie kalo tidak di kawal akan memakan diri sendiri. Lihat betapa byknya gejala2 sosial yg terdapat d tempat kita hny ingin memuaskn keinginan masing2 tnp memikirkan akibat dan balasan Allah d akhirat kelak. Disebabkan nafsu tidak terkawal, terjadinya kes zina, buang bayi, hisap dadah, mencuri, meragut, merompak dan berbagai2 lgi. 

“Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).

    Pada zaman Rasulullah S.A.W. , perkahwinan muda digalakkan. contohnya seperti Saidina Ali dan Fatimah. Dengan berkahwin, insyaAllah, semuanya akan terjaga dan perkara maksiat juga dpt dielakkan. begitu byk faedah dalam perkahwinan. Namun, sekiranya tidak mampu utk berkahwin, maka Rasulullah S.A.W menyuruh hendaklah dia berpuasa kerana puasa adlh penahan daripada gelojak nafsu. Kesimpulannya, nafsu adalah penting utk d kawal kerana takut disebabkan nafsu, usaha kita selama ini adlh sia-sia. 

2. Ibadah Berkualiti

        Kita d wajibkan utk beribadah kpd Allah seperti solat 5 waktu. Namun, cuba kita lihat solat kita. Adakah kita solat hanya asalkn solat ok la tu ataupun adakah kita solat dengan sebaik-baiknya, dengan khusyuknya?..lihat ketika kita takbir, lihat ketika kita membaca Al-Fatihah, lihat ketika kita ruku' dan sujud. Adakah kita melakukannya dgn bersungguh-sungguh?..tepuklah dada tanyalah iman. Kualiti ibadah ini adlh amat penting dalam mendapat impak yg bermanfaat spt melindungi kita drpd hasutan syaitan, melindungi kita drpd membuat maksiat, membuatkan diri kita tenang. Membaca Al-Quran, adakah kita memahami makna ayat-ayat Al-Quran tersebut?.. Adakah kita mengamalkan ayat Al-Quran?..tepuklah dada tanyalah iman. Sesungguhnya kualiti ibadah itu amat penting utk mendapat keredhaan Allah.

3. Pentingkan Ilmu

            Dalam Islam, ilmu adlh amat penting dan dititikberatkan. Didiklah anak-anak dari kecil dan berilah mereka peluang untuk menjalani kehidupan seorang muslim. didiklah mereka untuk solat 5 waktu sehari semalam, didiklah mereka untuk membaca, memahami dan menghafaz Al-Qurah, didiklah mereka untuk mengamalkan amal ma'ruf nahi mungkar. Agar apabila besar kelak menjadi salah seorang pejuang Islam. Berilah mereka peluang untuk menjalani kehidupan seorang muslim.

4. Sumbangan dihargai

           Orang yang tidak tahu menghargai orang lain samalah seperti orang yang tidak bersyukur kpd Allah. Jgnlah kita menjadi seseorang yg tidak tahu bersyukur kpd Allah. Nabi sgt menghargai sahabat-sahabat baginda. Untuk menjadi pemuda yang baik, kena tahu menghargai orang lain. Selain drpd kita menghargai orang, dlm masa yg sama kita juga memotivasi dan memberi semangat kpd orang lain. Hargailah usaha orang lain. Jangan kita angkuh. 

5. Memimpin Dakwah

         Setiap orang adalah daie..cuma antara sedar atau tidak tanggungjawab masing2. Berdakwalah mengikut cara Nabi. Nabi juga berpesan janganlah pandang perkara baik itu sebagai perkara yang kecil. Nabi juga berpesan "Dakwahlah dan sampaikanlah walau satu ayat".

6. Penggunaan dan Pengurusan Masa 

         Uruslah masa dgn sebaik mungkin. Janganlah kita hanya berikan masa pada urusan dunia sahaja. Berilah masa untuk melakukan persediaan utk hari akhirat kelak. Nikmat d dunia ini diibaratkan setitis air laut yang jatuh dari jari kita dan nikmat d akhirat adalah diibaratkan seperti air lautan yang begitu banyak. Namun masih ramai lagi yang hanya mengejar setitis air laut tersebut tanpa menoleh kearah lautan. Jadilah kita seorang yang menjayakan dunia mengutamakan akhirat. D dunia kita beruntung, d akhirat lagi lah kita beruntung. Laksanakanlah perintah Allah dan tinggalkanlah larangan-Nya.

7. Keberanian Bertempat.

          Para sahabat Rasulullah S.A.W mempunyai keberanian yang ada tujuan dan terarah. Para sahabat Rasulullah juga dilatih berperang sejak kecil lagi dan di ajar sendiri oleh Rasulullah. Betapa beraninya remaja pada zaman Nabi. Suhanalllah. 

Begitulah 7 aspek atau ciri yang perlu kita beri perhatian untuk menjadi seperti remaja pada zaman Nabi. Marilah kita muhasabah diri kita dan memperbaiki kelemahan diri kita dan amalkanlah hari ini lebih baik dari semalam. 

P/s: Ana ingin memohon maaf andai ada tersalah bahasa atau terkasar bahasa. Mohon perbetulkan sekiranya terdapat kekurangan. Yang baik itu datangnya dari ALLAH dan yang buruk itu adalah datang dari diri ana sendiri. Sebelum terlupa, nie blog Ust Adlan Abd Aziz. http://pemudaiman.blogspot.com .. Bolehlah berkunjung ke blog Ust Adlan ye... (^_^) 

Sampaikanlah walaupun satu ayat.


Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH

Kolej Tun Syed Nasir
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur

4 comments:

sakura_tuanct said...

thanks 4 sharing babehhh~ :)

Rabiatul Adawiyah Binti Ag. Binting said...

hehehe... sama2 cyg... Alhamdulillah... (^_^)

Unknown said...

minta share...

Unknown said...

nak share bleh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik kan3x!!!! Klik La...Klik La....hehehe