Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Saturday, September 12, 2009

Alhamdulillah ya Allah....

 
 
09 SepT 09 : Pada ari nie satu kejadian telah berlaku...Ayah ku telah mengalami kemalangan... :( ...

Pada ari ini, sy kol rumah..lps tue ayah yg sambut..pas tue ayah ckp "nk ckp ngn mama?.."..yup...ayah bg phone kat mama..lps tue, sy trdgr ayah sy ckp " jgn cerita apa2 ngn dya"...sy pun heran jugak la knp..mesti ada sesuatu yg berlaku...tp syh x tny sebab dah ayah x suruh gtaw kn...pas tue sy tny adik sy, nurul, tp dya pun x bgtaw....sy buat2 hepi ms ckp dgn mama..sy taw mama x se'hepi' spt sblm nie..tp sy buat biasa ja...

10 Sept 09: sy kol rumah lagi...tyme nie bru sy taw ayah sy mengalami kemalangn...adik lelaki sy yg bgtaw...pastu, mama cerita kejadian sebenar...
ayah balik dr kerja...kejadian tue berlaku masa waktu nk berbuka...
ada 3 buah kereta, kancil, hilux n keta ayah....
keta kancil tiba2 berenti, hilux pun brek mati, mgkn ayah x smpt nk brek trus rempuh hilux...abis kemek kereta depan..alhamdulillah ayah xpa2...alhamdulillah...sy bersyukur sgt....
lps tue, ayah x kol rumah sebab xnk bg mama terkejut...masa kejadian tue, ada org kg yg nmpk...dya yg dtg rumah bgtaw yg ayah kemalangan....pas tue nenek pggl mama d masjid...nenek suruh mama bw sejadah sekali...mama hairan...masa mama keluar, mama nmpk nurul menangis...mama jd heran..pastue, nenek ckp jgn terkejut k..nenek gtaw ayah accident...mama pun apa lagi trus nangis....tkot apa2 jd ngn ayah...
dah smpi rumah, alhamdulillah ayah xpa2...mama n abg sepupu, serta nenek g balai polis jumpa ayah...nasib ayah xda apa2....
yg buat terharu bila ayah x kol mama bgtaw dya kemalangn sebab xnk mama terkejut....betapa besarnya pengorbanan seorang suami dan ayah....ayah x nk sy taw pun...dan berusaha nk baiki kereta sebelum sy balik raya...xnk biar sy taw....nk menitis air mata sy terkenag kn ayah sy....terharu.... I love u pa....:)
p/s: Ya Allah, Engkau selamatkanlah keluargaku drpd malapetaka ya Allah...Engkau lindungilah keluargaku ya Allah....Amiiinnn......


Tuesday, September 8, 2009

Muzium AnatoMi...


HaRi nie sy n kwn2 pegi muzium anatomi....huhuhuhu..nk taw apa ada dalam muzium anatomi?...
arrr...dlm muzium anatomia ada mcm2 benda...suma berkaitan organ badan kita...huhuhu...
ada satu mayat tue mereka awet...drg diri kan...huhuhu..seram gak tgk...tapi study punya pasal, xpe..
sy n kwn sy pusing2 ar tgk sekeliling...tgk jari...tgk kaki...tgk lung, jantung, otak...tiba2 ada satu yg menarik...baby....tgk baby yg kna awet tue cian pulak rasa...comel....xtaw dah brp lama baby tue dalam tue...tgk kulit baby tue pun dah mcm nk rosak..huhuhu..comel....muka baby tue chinese look..mungkin baby chinese kot...ada lagi baby yang x cukup bulan kot...kening dya warna oren...huhuhu...comel....huhuhu...
 
yg nie embrio yg berusia 2 bulan...kecik kan...terlalu kecik...comey..
 nmpk x baby2 yg comey...
  
yg nie tulang belakang kita...
 mcm nie la otak kita...
  
nie my fren and me...huhuhu
at dalam muzium anatomi gak, ada kepala real yg telah diawet di belah dua..nk tunjuk struktur anatomi...huhuhu...kebanyakan nya lelaki...
lepas nie arap dapat masuk dissection hall pula...
kat sana kita boleh tgk mayat yang kna bedah...huhu..nk tgk pengalaman mcmn bedah mayat...huhuhu
p/s: maaf la x byk sgt amik gambar dalam muzium anatomi...huhu

"Indahnya kalammu wanita solehah

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”

 
 




Ku mulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.
”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku
akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) "

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.
“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

Usah berputus asa.....


Ketahuilah olehmu sahabatku...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ...
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap...

Allah SWT TAHU

HaRi iNi...

         
            Hari nie, terlalu byk sgt kerja..bukan ari ie je, mggu nie pun byk sgt kerja sebab dlm minggu nie la suma kerja yang telah ditangguhkan kne siap...huhuhu..arr...tu la akibatnya suka tangguh kerja...kn dah pening...hehehe...
           hah...citer psl ari nie, teringat plak kejadian tadi pagi...first tyme in Ramadhan tahun nie...x bgon sahur..terlajak tdo...huahua...bgon2 je kul 5.59...igtkn jam kat hp salah, p la tgk jam kat meja...rupa2nya btul terlajak tdo...huahuahua...popiah ku....sedey...hehehe...tp xpe la...sape suruh tdo lambat kan...hahaha...padan muka....
           ckp sal sahur nie...sy ngn roomate mesti mkn 4 mknn nie..nk taw apa?....tgk pic kat bawah nie...tekala...
 
nk taw apa mknn yang 4 tue...piarom ( kurma) hehehe, kismis, madu n pil scotts omega3..nie sume be supply by my roomate...alhamdulillah...dya baik sgt taw...bersyukur dpt roomate cam dia....arr...maggi tue kitorang masak bila dah lapar sgt....hehehehe
Hari nie jugak kan kitorang buat lab fisio sal smooth muscle....kami buat experiment nie sebab nak taw pasal autonomic nervous system(ANS) yang terbahagi kepada dua iaitu parasympathetic and sympathetic...parasympathetic nie apabila kita dalam keadaan releks..yang sympathetic tue bila kita dalam keadaan panik or "flight or fight"...hehehe...cian rabbit kne sembelih taw...nk amik usus dya...nk buat exp...huhuhu..tgk rabbit tue comey warna putih...huhuhu...best ar buat exp nie...tapi sebab kump kitorang xde power lab, kne kongsi dgn kump satu lagi...huhuhu..mcm best je tgk drg buat..nk buat jugak tapi masa x mengizinkan...huhuhuuhu..xpe la...huhuhu...
  
kwn2 berusaha membersihkn ileum rabbit...

 
p/s: xlama lagi balikkkk...hoorrayyy!!!!!!... xsabar nya...hehehehe

Monday, September 7, 2009

Otak manusia....

 
o3 SepT 2009 - First tyme tgk otak betul2...First impression, besarnya otak nie...otak sapa la nie...masuk2 lab je suma berkumpul d meja tgk otak n spinal cord...huhu..ada sorg kwn nie tny " otak betul2 ke nie?..."...sbb yg lain pun x pasti, jd jwb mungkin....huhu..lps tue dya tekan, ee..otak btul2 la....huhu..trus suma pun mengeluarkn handphone mengambil gambar otak nie...huhu..nmpk x wara hitam tue,...arrr..tue saluran darah otak kita.....otak kita nie di selaputi satu lapisan....yg d panggil dura...bila tgk otak nie kn, terucap subhanallah...mcmn otak sekecil nie, yg nmpk mcm daging je boleh intepret suma data2, simpan memori, berfikir....subhanallah,....betapa agungnya kebesaran Allah....
SUBHANALLAH...

arrr...yang nie spinal cord yg d lapisi oleh meningis....ini la yg mentransfer kita punya impulse dari receptor n sbginya...mcm x caya kn bla dah dpt tgk...huhu...tp ini la dya yg ada d tulang blkg kita....huhuhu..taw x npa bila doktor amik air tulang blkg or air tulang sumsum...nama scientific nya cerebrospinal fluid kat bhgn bwh pinggang..?...sebab spinal cord kita cuma sampai di tulang blkg Lumbar L2...jd doktor kna ambil di bawah spinal cord kita supaya x merosakkn spinal cord...kalo spinal cord rosak, abis la kita lumpuh...huhuhu..

berat nya otak nie...jatuh ganti otak sendiri..huhuhu

syg otak nie...hehehe

bergambar ngn otak...hehehe
 
wif my frenz...ateera, me n as...

best nyer...hehehe
arr...nnt selasa nie kitorg nk g muzium anatomi...nnt kalo dpt gmbr2 yg best, nnt sy kongsikn ea...hehehe...
nnt kn pengalaman d muzium anatomi nie pada selasa nie...
hehehe

Sunday, September 6, 2009

Wahai sahabat..

        Ari nie slh sorg shbt sy telah meninggalkn ukm..huhuhu..sebab dya nk melanjutkan pelajarannya ke Mesir dalam bidang medik...wow...sungguh x percaya...sy nk p mesir jugak...hehehe...tp mgkn sbb sy xde rezeki kot...huhuhu...xpe la...mgkn satu hari nnt.. InsyaAllah...Ammiinn.... :)
        Perasaan sedih tue mmg ada...setiap perpisahan mesti akn rasa sedih...tp igt la setiap pertemuan dan perpisahan itu Allah telah berjanji bhw ada rahmat dan kasih-Nya... xtaw bla dpt jumpa lagi...InsyaAllah, kalo ada jodoh, kita pasti bertemu...hehehe
          Wahai shbtku...teruskanla perjuangan mu dlm mengejar cita-citamu....jgn la engkau lupa kepada kami di sini...kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kejayaan kita bersama...semoga kita berjaya di dunia dan akhirat.. InsyaAllah....Amiinn.....

Untukmu Teman..

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya
 
   

Permulaan..


Salam dan slamat ptg suma....
Saya nie bru ja buat blog...hehehe...tgk suma kwn ada blog sendiri...jeles jugak tgk...sbb byk yang boleh d kongsikan...hehehe... arap2 rakan2 dpt membantu sy dlm menghasilkn blog yg d kategorikn sbgi menarik....hehehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik kan3x!!!! Klik La...Klik La....hehehe